03 June, 2008
senaraikan segala kekurangan pasangan anda...!!!
bosan...
hari yg paling sedih dalam hidupku..........
hari ni aku nk kongsi la pengalaman aku sepanjang aku hidup 22 tahun 2 hari termasuk arini ni...hehe...macam2 bende yg dah aku alami dari bende yg simple2 hinggalah perkara yg paling sedih kt dalam dunia ni...
aku nk berkongsi la ngn kamu semua tentang hidup aku ni...susah gak sebenarnye hidup kita ni..kita perlu pandai cara macam mane nk manage hidup kite sendiri..xboleh nk harapkan orang lain..susah kalau gitu..
macam aku ni...aku ni mgkin dikatakan anak manja la dalam ahli keluarga aku yg lain..hehe...(jgn marah yea)...akak aku pun tensen ngn aku sebab aku slalu je dapat ape yg aku nk dari arwah ayah aku (al-fatihah untuk ayah aku muhamad b husin) n mak aku...hehe..mak aku tu selaku ajk makanan manakala ayah aku tu plak sebagai ajk permainan semasa aku kecik2 dulu..
bez jugak time jd budak2 dulu...xtau ape tu masalah..macam xde masalah lgsung pun aku time kecik dulu...hehe..bez2...
tanggal 9hb april 2008, ayah aku telah meninggalkan aku n seluruh kaum keluarga aku kt dunia ni...aku tidak pun sempat hendak menatap wajah ayah aku semasa sihat n semasa dia masih bernyawa kerana aku jauh darinya...aku ade kt sabah time tu...sebaik saje aku dpt tau pemergian ayah aku dari adik aku,aku macam orang hilang arah..xtau ape yg perlu aku buat...aku xtau dah terus melaung...bende yg aku paling takut dalam dunia telahpun terjadi kt aku...aku tidak mahu kehilangan ahli keluarga aku ketika aku berada jauh dari mereka...tapi bende tu dah pun berlaku ke atas diri aku...
aku pulang terus pada malam itu jugak...en.zul telah meguruskan segala tiket penerbangan aku..sepanjang perjalanan aku di dalam flight,aku menangis n banyak sedekahkan al-fatihah kepada arwah ayah aku..aku xtau ape perlu aku buat..aku buntu masa tu...
setelah sampai di LCCT, aku terasa macam takut nk pulang ke rumah...xtau kenapa..mungkin kerana aku takut untuk terima kenyataan bahawa ayah aku telahpun tiada..aku terasa takut sangat untuk berdepan dengan kenyataan ini..
mungkin disebabkan aku terlalu manje dengan arwah ayah aku ni...segala masalah aku,semuanya aku ceritakan pada ayah aku..xde sikit pun rahsia aku dengan ayah aku ni...dari perkara kecik,hinggalah yg melibatkan awek aku...semuanya aku cerita..die mmg sorang yg open minded la..aku sgt syg kt ayah aku...sedih sgt2 bile die tiada...
abang iparku yg datang mengambil aku di LCCT...sesampai aku di rumah pada pukul 2 pagi, aku nampak mak aku duduk di beranda rumah dengan saudara-mara aku yg lain..mak aku juz mengenakan anak tudung je...nampak lesu muka mak aku time tu..mgkin sbb terlalu sedih n sebak dengan pemergian ayah aku tu...mak aku suruh aku cuci muka..pastu aku terus masuk umah n mengambil wudhu..terus membacakan yasin untuk ayah aku...aku terus membaca hingga ke subuh...aku tidak tidur sehingga subuh itu...aku juga tidak lg membuka kain penutup muka ayahku itu lg..xsanggup nk tgk muka ayah aku tu..sedih sgt..tp aku tahan jugak kerana aku harus lebih tabah dari mak aku kerana aku sorang je anak laki...so,aku patut tenangkan mak aku...
keesokkannya aku terus bergegas ke rumah bilal untuk amik kain kapan n barang untuk pengkebumian..aku xtau camne nk buat...tp aku perlu buat sume tu kerana ini adalah untuk ayahku...aku mandikan ayah aku,aku usap pelan2 badan ayah aku...sedih time tu aku rase..sebab aku rase aku xpernah mandikan ayah aku sebelum ni..ni la pertama kali n terakhir aku mandikan ayah aku...aku sedih sgt time tu...sampai la aku kafankan ayah aku bersam2 yg lain...untuk kali terakhir aku cium ayah aku,aku orang pertama yg mencium ayah aku...
aku cium dahi,kedua pipi dan terus berderai air mataku..aku alri membawa diri ke tempat lain agar mak aku tidak sedar yg aku menangis...
aku sedih sgt kerana orang yg aku paling syg kt duni ni telahpun pergi buat selama2nya..
(nnt aku sambung lg...aku xleh nk taip sekarang..sedih sgt2..)
al-fatihah....
02 June, 2008
praktikal....
aku dapat kenal room chat yg bez gile kt meebo...room bintang...bez gile lepak sini...tp kuar lunch kt menara telekom la...bosan asik dok lepak kt menara annexe2 ni je...skali skala lepak la menara TM jap...hahahaha....
bosan,xtau nk buat ape lg dah...dok tgk frenster,ym,tgk2 network topology kt TM ni...paham la aku sikit2 network kt sini...mantap gak malaysia ni...ade network canggih2 gak...hehehe...
Top 10 tallest buildings in Dubai
1. Emirates Office Tower 355.00
2. Burj al Arab 321.00
3. Emirates Hotel Tower 309.00
4. 21st Century Tower 269.00
5.
6. The Tower 243.00
7. Shangri-La Hotel 196.00
8. Capricorn Tower 185.00
9.Murjan Tower 185.00
10. Mesk Tower 185.00
kepada sesiapa yg kehilangan handphone...
Jangan berikan peluang kepada mereka
yang mencuri telefon bimbit anda
daripada menggunakannya. Jadikan ia
tidak berguna supaya ia tidak lagi
boleh dijual kepada orang lain.
Caranya mudah. Setiap telefon bimbit
mempunyai nombor siri IMEI yang
tersendiri. Anda hanya perlu
mengetahuinya dan menyimpan
catatannya.
Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini,
tekan simbol dan nombor berikut :-
* # 0 6 #
tanpa ruang kosong. (star hash kosong
enam hash)
Nombor yang ditayangkan adalah 15
digit nombor yang unik bagi setiap
telepon bimbit. Catatkan dan simpan
ditempat yang boleh didapatkan semula.
Sekiranya telefon bimbit anda hilang,
anda boleh melaporkan kehilangan
telefon bimbit anda kepada pemberi
khidmat telefon bimbit seperti TM,
Maxis atau Digi.
supaya ia boleh
disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri
menukarkan kad SIM, ia masih
tidak dapat digunakan kerana telefon
bimbit sudah dihalang penggunaan.

.jpg)








