Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

09 November, 2012

K E S I A N

Kesian.....

Mak selalu cakap..."kesian kat dia ngah...dia tu baik orangnya..tapi ikut angah la...angah yang nak hidup dengan dia..." 

Aku konfius.....

06 November, 2012

C U B A





Cuba.....

Telah banyak benda aku cuba untuk berubah. Tapi satu benda pun kau tak nampak apa yang cuba untuk aku ubah. Yang kau tahu cuma keburukan aku dan segala rasa ketidakselamatan (insecure) kau sahaja. Tapi perasaan aku ada kau fikir? Aku rasa kau tak pernah nak fikir tentang apa yang aku rasa. Yang kau tahu cuma perasaan kau yang kononnya terlalu sayangkan aku sehingga kau buat aku sedemikian rupa. Apa yang kau nak daripada diri aku? Kau terlalu kerap mengungkapkan perpisahan, dan dengan senangnya kau baik semula denganku. Tapi bila aku yang putuskan sebegitu, kau seolah-olah menidakkan keputusan aku. Kau living in denial. Kau cakpa yang kau sayangkan aku, tapi hakikatnya tidak. Kau terlalu mengongkong dah sentiasa mengungkapkan kata perpisahan dalam setiap pertelingkahan kita. Tidak pernah sekali kau berada dalam keadaan yang rasional dan memikirkannya terlebih dahulu. Yang kau tahu cuma perasaan marah kau sahaja. Perasaan aku yang perlu aku tanggung sendiri.

Segala apa yang kau buat, semuanya benar belaka. Setiap apa yang aku cuba buat, semuanya salah. Kau yang mahukan perpisahan. Kau yang beriya-iya mahukan benda tu. Aku tak sanggup melihat kau derita kerana tidak dapat "perpisahan" itu dari aku. Bila aku memberikan "benda" (perpisahan) kepada kau, kau seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan.

Dulu pernah aku balik semula kepada diri kau. Tapi pada suatu ketika itu, kita tidak sependapat dan bergaduh. kau mengungkapkan kata "i menyesal kerana terima u semua...sebab perangai u macam ni n tak pernah berubah" .... Aku sebagai lelaki juga mempunyai ego untuk aku simpan dalam diri ini. Kalau kau sebagai wanita telah mempermainkan ego aku, dan membodohkan eog aku sebegitu rupa....bagaimana perlu aku hormat kau di kemudian hari???

Aku rendahkan ego aku dengan kembali dan ingin bersama kau semula. Tapi ayat itu yang kau terlah beikan kepada aku. Aku redha dan tau tahu apa yang perlu aku buat lagi.

Jika kau inginkan kebahagian, aku rela lepaskan kau. Kerana kau TIDAK PERNAH berasa gembira bersama denganku. TIDAK PERNAH SEKALI kau berasa GEMBIRA dengan diri aku ni. Dan aku TAK BOLEH membuat diri kau BAHAGIA.

Kalau kau membaca coretan hina ini. Aku harap kau dapat mengerti tentang apa yang aku rasa. Aku tidak mahu BLAME siapa2 di dalam hal ini. Saya inginkan dirimu bahagia dan kamu tidak boleh bahagia dengan saya sekarang ini. Kerana setiap apa yang saya buat, kamu tidak mempercayainya.

Sayang?

03 November, 2012

B E B A S


Kebebasan.....

Semua orang pun mahukan kebebasan. Tidak kira la samada bebas beragama, bebas dari jajahan atau apa2 jua jenis kebebasa. Tapi aku macam sukar untuk dapatkan kebebasan hidup ni. Semua benda aku ada limit. Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan buat masa sekarang ni. Semuanya dalam keadaan serabut. Aku nak fokus pada diri aku sahaja. Setiap apa yang aku buat semua tidak dapat membahagiakan orang. Aku tahu bahawa diri aku ni jahat, tapi perlukan aku dihukum dengan ketidakadilan semua ni?

Aku hilang punca. Apa yang perlu aku buat? Hehehe... Sit back and relax. Banyak sangat benda yang menghalang aku untuk terus sayangkan orang tu. Banyak sangat yang aku fikirkan. Keluarga, duit, ekonomi, pekerjaan, dan yang paling penting perangainya selepas berkahwin nanti. Adakah dia boleh terima aku dengan perangai aku sekarang ni? Perangai aku sekarang ni pun dia masih tak boleh untuk tahan, bagaimana kalau nak tahan selepas kahwin nanti? Aku tak tahu apa yang perlu aku buat. Serius aku tak tahu. Aku cuma berharap jodoh tu ditentukan segera agar aku dapat tahu siapa bakal bini aku di masa depan.

22 November, 2010

Hukum Mewarnakan Rambut Mengikut ISLAM

"Apakah hukum mewarnakan rambut mengunakan pewarna yang dinyatakan halal, walau pun bermacam-macam warna?"

Hukum mewarnakan rambut (sabgh al-sha'r) adalah harus kecuali mewarnakan rambut dengan warna hitam berdasarkan satu hadis riwayat Muslim, no. 2102: Ubahlah warna uban ini akan tetapi elakkanlah daripada warna hitam (menghitamkannya).

Warna hitam hanya diharuskan bagi mereka yang menghadapi penyakit beruban walaupun masih terlalu muda dan untuk muslihat perang. Namun mewarnakan rambut adalah makruh bagi golongan muda yang tidak bermasalah.

Pengecualian dikhaskan kepada para isteri yang berbuat demikian atas permintaan suami atau diizinkan oleh suami.

Hukum ini bertukar menjadi haram jika tiada tujuan tertentu seperti untuk suka-suka atau dengan niat yang bersalahan dengan panduan syarak seperti wanita yang berbuat begitu untuk menunjuk-nunjuk atau berhias-hias (tabarruj) mempamerkan rambut kepada bukan mahram dengan mengabaikan syariat menutup aurat dalam Islam.

Begitu juga jika bahan yang digunakan merosakkan rambut anugerah Allah kerana ia adalah amanah Allah yang 'dipinjamkan' kepada kita.

Apa yang penting bagi orang yang ingin mewarnakan rambut ialah bahan pewarna itu halal dan telap air seperti inai (ini jelas harus dan disebut di dalam hadis) kerana jika tidak telap air, wuduk anda dianggap tidak sah.

Mengikut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), dari segi ramuan pewarna rambut yang berada di pasaran kita terbahagi kepada dua jenis. Kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan tetapi satu telap air dan satu lagi tidak, maka perlulah dipastikan terlebih dahulu.

Pewarna rambut yang dipasarkan biasanya akan tertulis pada kotak permanent dye atau semi permanent dye.

Mengikut kajian, jenis yang semi-pamenent dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ia tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.

Hakikatnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Secara teknikalnya, Jakim hanya mengeluarkan sijil halal untuk produk yang diproseskan di Malaysia sahaja.

Tiada keharusan ditemui untuk mewarnakan rambut pelbagai warna pada satu kepala (tamyish al-sha'r). Ada ulama menghukumkan haram kerana menyerupai budaya orang kafir.

15 November, 2010

K E M A T I A N

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat…

Tubuhku sejuk terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu.

yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan sebuah lori.

Dan darahku membasahi jalan..


Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat sesak menghimpit dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

“Mengucap sayang,,mengucap……..Asyhaduallailahaillallah.. …….” ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.

Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

“Bagaimana dengan keadaannya doktor?” Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.

“Tenat”,jawab doktor dengan ringkas.

“Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha”.

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah…..

Abang!! Bukakan mataku!!




Tapi mataku…….semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. “Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah.”Abangkah yang bersuara tu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

“Tekanan darahnya amat rendah”. sayup sayup kedengaran suara doktor.

Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu…..aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.

…

“Yassin…….”.

Bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut akan menjemputku! Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.

Aku di ambang sakaratul maut…… Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

“Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut”.Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.

“Panas,dahaga,haus,panas……..”.tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang,”Nenek…………”.

Mari cu… ikut nenek..

“Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini”.

“Ibu……”. Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.

” Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi…..”.

”Ayah…….kau datang ayah…….”.

“Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga”.

“Nenek….ibu…..ayah…….suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

“Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah…….”. Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang.”Mari ikut kami”. manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya”Mari ikut kami”.cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang .”Apa ini,apa ini?.

AKULAH SAKARATUL MAUT!!!

Jeritan yang paling menakutkan pernah aku dengar!! Allahhhhhhhhhhhhh, sakitnyaaaaa!!!

Tubuhku seakan ditarik dan gegendang telingaku pecah mengeluarkan nanah kuning pekat.

Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

“Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah…….”.Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.

Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun….

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. “Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya……”.

“Assalamualaikum……”. “Siapa yang memberi salam itu?”. “Aku”. “Kau siapa wahai pemuda???”. Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.

Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya……jijik,loya,aku rasa……..teramat loya melihatnya.
“Kau tak kenal aku?”. “Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini”. “Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari”. “Bohong!”.Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. “Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini”. “Akulah amalanmu yang keji……….”.

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat..Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

“Tolong….sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu……malu…..malu……!!!!!!”.



Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. “Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas….panas……..”.

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. “Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan”. Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku’,sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?”Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak”. “Al-Fatihah!”Kedengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?”. Nun jauh di sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku. “Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!”. Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. “Perlahan-lahan”,aku terdengar suara tok imam memberitahu.”Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!”.Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

“Tanah apa ini?”. “Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah”.

“Innalillahiwa innailaihi rajiuuun…….Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali”. Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.”Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar……..”.Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ……aku kini keseorangan.

“Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong!!!!




“Memadailah Kematian Sebagai Nasihat” Wallahualam..

Kredit to Blog Isuhangat




09 November, 2010

Surat Dari Anak Yg Dah Tak Nakal....

Salam semua...Kisah ini pernah dibaca oleh angin suatu ketika dahulu..tapi malam tadi angin ada terbaca di note facebook saudara Apey...Kisah ini amat2 terharu dan akan membuatkan kita tersedar dari lamunan kita yang panjang selama ini..Kepada kita yang leka terhadap ibubapa masing2...Di sini angin letakkan kisah tersebut...
Mak...Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari... Dah hampir sepuluh bulan mak pergi Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...
Mak tau tak... itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa... dan itu juga terakhir kalinya
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh... nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...
Mak macam dah sedia... Seminggu sebelum tu...Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai... Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu... Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih... Kakak pun rasa hairan... Mak tak penah buat gitu...
Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak... Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ... Kengkadang siaran indonesia ...Mak terus tekun menganyam...Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih... Pastu mak jemur karpet-karpet. .. Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..Mak biarkan ruang tu kosong.. Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...
Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. Ada kat dalam almari... Ada kat dalam dalam beg... Ada dalam ASB... Ada kat dalam Tabung Haji.. Mak cakap tak berapa cukup lagi... Ada kat dalam gulung tikar...
Masa tu mak perasan takk..?? Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa... Mak cuma gelak jer... Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...
Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut... Bila malam tu kiter sampai dari KL...Mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk... Mak tetap takmau pi hospital... Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk.. Mak kata mak takmau duduk dalam hospital... Tapi kiter berkeras juga pujuk.. Nanti di hospital ada doktor...Ada ubat untuk mak.. Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...
Mak tetap tak bersetuju...Mak memang degil.. Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk... Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakitKami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...
Mak... Ampunkan kami semua... Kami nak mak sehat... Kami sayang mak... Kami tak mau mak sakit... Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital... Ampunkan kami yer mak...
Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter... Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya makKiter kata nak beli kereta... Mak asyik tanya ajer..Cukup ker duit.. Kiter jawab pula...Kalau tak cukup, mak kan banyak duit... Mak gelak ajerr...
Lepas tu bila kereta kiter sampai...Mak buat kenduri kesyukuran... Dan kiter masih ingat lagi...Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...Punya la kiter takut...Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...Bila balik sahaja kampong...Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj... Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...Mak tanya kenapa...? Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...
Mak...Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau... Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar... Mak, kiter menipu mak kan ...Ampon kan kiter...
Mak... Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006 Bila tiba aja kat hospital... Nurse tengah balut mak dengan kain putih... Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital... Mesti mak nampak abang cium dahi mak... Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak... Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu... Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...
Mak tau tak... Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar... Adik kat sebelah diam melayan perasann... Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... Jalan di depan terasa makin kelam... Airmata dah tak mampu di tahan... Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela... Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..Kosong...sekosong hati ini... Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya... Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...
Mak... Kiter masih ingat lagi... Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak... Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ... Anak2 mak yang pangku masa mak mandi... Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak... Kiter gosok kaki mak perlahan lahan... Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter... Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.." Bila makcik tu kata gitu... Lagi laaaa... laju airmata ni..Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...
Mak... Sampai takat ini surat ni kiter tulis... kiter nangis ni... Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi... Takder orang yang bangun lagi... Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...Kiter rindu kat mak..! Takpa la...Nanti bila kita selesai sembanyang subuh, Kiter baca yassin untuk mak... Mak tunggu ya..!
Mak.. Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... Semua anak-anak mak mengelilingi mak...Menatap wajah mak buat kali terakhir... Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja... Mak rasa tak...Masa tu kiter sentuh dahi mak... Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk... Kiter tak mampu nak cium mak...Kiter tak daya... Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar... Airmata kiter tak boleh tahan... Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah... Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik... Badan akak terasa panas... Makk...Anak mak yang seorang tu demam...
Mak tauu...Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi... Begitu terasa kehilangan mak...Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata... Dan sampai satu tahap...Masa tu malam jumaat selepas maghrib... Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan... Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...Tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...Kiter cuba bertahan... Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda... Kiter rasa nak telefon mak... Nak cakap dengan mak... Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong... Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...Puas la kakak memujuk kiter... Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.." Dan akhirnya akak juga nangis...
Mak tau tak..Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... Rasa nyilu sangat... Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni... Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...
Mak... Cukup la sampai sini dulu... Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu... Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid... Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ... Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak... Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula... Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...Pastu kawan kiter bgtau...Simpan je buat kenangan..Kiter cuma tau alamat ni aje... Takper yer mak...kKiter kasi orang lain baca... Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu... akhir kata untuk mak I LOVE YOU SO MUCH Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter... Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. Sampai masuk universiti.. Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang... Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..