Showing posts with label Bodoh. Show all posts
Showing posts with label Bodoh. Show all posts

06 November, 2012

C U B A





Cuba.....

Telah banyak benda aku cuba untuk berubah. Tapi satu benda pun kau tak nampak apa yang cuba untuk aku ubah. Yang kau tahu cuma keburukan aku dan segala rasa ketidakselamatan (insecure) kau sahaja. Tapi perasaan aku ada kau fikir? Aku rasa kau tak pernah nak fikir tentang apa yang aku rasa. Yang kau tahu cuma perasaan kau yang kononnya terlalu sayangkan aku sehingga kau buat aku sedemikian rupa. Apa yang kau nak daripada diri aku? Kau terlalu kerap mengungkapkan perpisahan, dan dengan senangnya kau baik semula denganku. Tapi bila aku yang putuskan sebegitu, kau seolah-olah menidakkan keputusan aku. Kau living in denial. Kau cakpa yang kau sayangkan aku, tapi hakikatnya tidak. Kau terlalu mengongkong dah sentiasa mengungkapkan kata perpisahan dalam setiap pertelingkahan kita. Tidak pernah sekali kau berada dalam keadaan yang rasional dan memikirkannya terlebih dahulu. Yang kau tahu cuma perasaan marah kau sahaja. Perasaan aku yang perlu aku tanggung sendiri.

Segala apa yang kau buat, semuanya benar belaka. Setiap apa yang aku cuba buat, semuanya salah. Kau yang mahukan perpisahan. Kau yang beriya-iya mahukan benda tu. Aku tak sanggup melihat kau derita kerana tidak dapat "perpisahan" itu dari aku. Bila aku memberikan "benda" (perpisahan) kepada kau, kau seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan.

Dulu pernah aku balik semula kepada diri kau. Tapi pada suatu ketika itu, kita tidak sependapat dan bergaduh. kau mengungkapkan kata "i menyesal kerana terima u semua...sebab perangai u macam ni n tak pernah berubah" .... Aku sebagai lelaki juga mempunyai ego untuk aku simpan dalam diri ini. Kalau kau sebagai wanita telah mempermainkan ego aku, dan membodohkan eog aku sebegitu rupa....bagaimana perlu aku hormat kau di kemudian hari???

Aku rendahkan ego aku dengan kembali dan ingin bersama kau semula. Tapi ayat itu yang kau terlah beikan kepada aku. Aku redha dan tau tahu apa yang perlu aku buat lagi.

Jika kau inginkan kebahagian, aku rela lepaskan kau. Kerana kau TIDAK PERNAH berasa gembira bersama denganku. TIDAK PERNAH SEKALI kau berasa GEMBIRA dengan diri aku ni. Dan aku TAK BOLEH membuat diri kau BAHAGIA.

Kalau kau membaca coretan hina ini. Aku harap kau dapat mengerti tentang apa yang aku rasa. Aku tidak mahu BLAME siapa2 di dalam hal ini. Saya inginkan dirimu bahagia dan kamu tidak boleh bahagia dengan saya sekarang ini. Kerana setiap apa yang saya buat, kamu tidak mempercayainya.

Sayang?

03 November, 2012

B E B A S


Kebebasan.....

Semua orang pun mahukan kebebasan. Tidak kira la samada bebas beragama, bebas dari jajahan atau apa2 jua jenis kebebasa. Tapi aku macam sukar untuk dapatkan kebebasan hidup ni. Semua benda aku ada limit. Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan buat masa sekarang ni. Semuanya dalam keadaan serabut. Aku nak fokus pada diri aku sahaja. Setiap apa yang aku buat semua tidak dapat membahagiakan orang. Aku tahu bahawa diri aku ni jahat, tapi perlukan aku dihukum dengan ketidakadilan semua ni?

Aku hilang punca. Apa yang perlu aku buat? Hehehe... Sit back and relax. Banyak sangat benda yang menghalang aku untuk terus sayangkan orang tu. Banyak sangat yang aku fikirkan. Keluarga, duit, ekonomi, pekerjaan, dan yang paling penting perangainya selepas berkahwin nanti. Adakah dia boleh terima aku dengan perangai aku sekarang ni? Perangai aku sekarang ni pun dia masih tak boleh untuk tahan, bagaimana kalau nak tahan selepas kahwin nanti? Aku tak tahu apa yang perlu aku buat. Serius aku tak tahu. Aku cuma berharap jodoh tu ditentukan segera agar aku dapat tahu siapa bakal bini aku di masa depan.

21 May, 2012

S T R E S S

Mmmmm....

Setiap kali aku stress, aku cuba untuk tenangkan hidup aku ni. Banyak sangat dugaan aku dalam hidup ni. Mungkin ade benda yang tak kena yang aku buat dalam hidup ni. Hahahaha...

Kawan....
Kalau kalau, aku tak reply mesej pun tak ada masalah apa2 kot. Kalau reply camne2 pun, still ok. Paling kuat pun die sound "apehal ko reply camni sengal?"...hahaha.. Tapi bile orang dah mula sound2 aku kalau aku reply hanya berkata  "Ok" sahaja.. Ini yang buat aku bengang. Suke hati aku la nk reply camne pun. Kang aku tak reply terus nanti baru tau. Atleast benda tu free. Lain la kalau benda tu sms ke, benda2 berbayar ke. Reply "Ok" tu dah kire ok la. Atleast aku respons dengan ape yang ko cakap tu. Aku senyap kang, ko cakap macam2 plak. Kadang2 aku kategorikan orang camni bangang je. Aku diam pun marah, aku taip "ok" je pun ko nk marah. Ape yang ko nk ni? Aduhhhhh....

Aku ade ramai kawan kot. Aku cuba anggap ko kawan rapat aku. Ko buat aku camni balik. Aku reply pun salah. Aku konfius la ape yang ko nk. Aku tak mesej kot lagi bagus. Diam buat bodo je lagi bagus aku rase.. Hahahaha...

Aku respect semuat kawan2 aku dan aku berharap aku boleh respect kau walaupun ko dah cakap aku macam2. Aku dalam meeting pn, aku reply mesej ko. Ade ko appreciate?hahaha...tak pernah hargai kot ape aku buat. Tolonglah tengok perangai kau tu dulu camne k. Jangan asyik nak salahkan orang je k.