26 March, 2012

S E P I A

Aduuhhhhh....sangat stress aku dengar meeting pasal SEPIA ni.. (aku post ni masa dalam meeting SEPIA ni boleh?)hahaha...stress2...Pening betul kepala aku memikirkan pasal sistem ni. Service Excellent Through Process Information Asset (huh!tu la maksud SEPIA tu)..panas hati aku dengan user aku ni. Dia sendiri tak tahu apa yang mereka nak dalam sistem ni sebenarnya.

Sampai bila la asik nak meeting je ni?aduhhh.... Dah la guna Sharepoint Server 2010...Aduhhh skali lagi.. Knowledge aku dalam bidang Sharepoint 2010 ni dah la cetek lagi. Lain la kalau dia suruh aku buat guna Sharepoint 2007. Banyak benda aku kena belajar untuk jadi master dalam Sharepoint 2010 ni. 

Amik ni lambang Sharepoint 2010 untuk tatapan andan yea...haha..


Aaaarghhh....dah hampir dua bulan asik meeting je kejenye. Bila masa la aku nk develope menatang ni. Penat dah aku asik meeting je ni. Time meeting2 bosan camni la macam2 perangai aku buat. Ada plak tadi AGM (Assistant General Manager) aku kt dalam meeting ni. Bengong sikit dia ni. Cakap suruh kitorang kena faham apa yang user ni semua cakap. At the end dia yang tanye soalan yang sama dengan apa yang kami tanya kat user. Nampak sangat ko ni bengong la. Suruh orang faham, time orang tanya, ko tido ke ape?hahahaha...sengal sangat dah awak ni...(oops...gile cute)

Macam2 user ni nk dalam sistem dia ni. Ade search functiion la, ada process flow la, search process la...aduhhhh....sakit boleh?hahahaha...

Ni la gambar akak yang penat lelah telah membuat BRS (Business Requirement Specifications).
Buat2 muka cute walaupun tgh stress..haha...
Sabar yea kak, jangan la buat muka happy sangat tu sedangkan tengah stress tahap gaban. Orang nk shoot gambar, muka terus berubah dari muka ketat ke muka senyum..hahaha...sebelah tu encik ajis, dia tu pun pening2 lalat...bajet buat2 faham padahal aku pn pening dalam meeting ni..hahaha...siap ade cornflakes lagi dalam meeting ni..buat kunyah2 time meeting..haha..



Last skali.aku pening jugak dengan ayat2 aku ni. Maklum la aku dah lama tak berblog..haha...sorry yea semua..

22 March, 2012

H I D U P

As Salam semua..


Dah lama sangat aku tak update blog aku ni....Kehidupan aku sejak dua menjak ni agak kucar-kacir sikit...maklum la banyak projek dan masalah dalaman yang aku hadapi sekarang ni... Korang semua camne?(bertanya walaupun aku tau tak ada follower tegar kat dalam blog aku ni)...hahaha...

Ape la yang baru dalam hidup aku skarang ni?banyak sangat yang baru, sampai aku susah nk ceritakan kat korang semua...aku pun bukan yang jenis memberitahu masalah aku pada public atau sesiap...lebih gemar simpan dan senyap je..macam member aku cakap.."muka ko nampak macam xorang tak ade masalah je angin..." Orang boleh cakap aku tak ada masalah, tapi hati di dalam ni tiada sorang pun yang tau..

Kecewa?mmmm....ntah la..teman hidup?...ntah laaa...aku tak tahu ape yang perlu aku buat skarang ni..aku tak pasti ape yg perlu aku buat..aku tak kuat nk buat semua2 tu...hati aku?itu sendiri pn aku tak tau camne perasaannya...adakah aku heartless skarang?aku perlu camtu sebab aku telah pernah dikecewakan dan maybe kerana aku perlu menjaga keluarga aku...akulah yang menjadi abah, abang dan juga waris kepada adik2 dan mak aku dalam family..


Kalau aku nk lupakan pasal kekecewaan aku tu boleh tak?boleh la kan?aku lebih gemar ragbi-ing je skarang ni (bak kata kawan aku Yazmin...semua benda die nk "-ing"kan...cth:burger-ing, broga-ing...hahaha..). Aku lebih suka melepaskan segala kekecewaan aku dalam ragbi....Takkan ada orang yang tau aku melepaskan segala kemarahan aku dalam game tu. Takkan la referee nak marah aku kalau aku tackle orang tu sampai jatuh dalam game ragbi kan?Dah memang adat permainannya camtu..sebab tu aku lebih suka bermain ragbi..skema plak ayat2 aku arini..sebab dah lama sangat aku x update kot..

Skarang ni aku join team STORMS. Team dari budak2 gombak dan area selayang...hebat2 diorang ni..aku ni kategori yang memuhkan corumn je...masih belum cukup hebat untuk dikatakan seorang "star" dalam team ni..Passion?Tu memang passion aku sebab aku sangat happy buat benda ni...tak tau ape pun yg aku buat,aku akan tetap suka ragbi...sayang ragbi lebih dari diri aku sendiri..(sebab aku rela sakit2 badan sebab main ragbi)

aku pun xreti nk mengarut sangat ni..
sampai kita ketemu dalam entry akan datang yea..thanks guys.

28 December, 2010

SSR Type C for Sale!!! Just for RM900



SSR Type C RS . 4×100
16″ x 7
Offset 40
Ready stock

Location : Kelana Jaya, Petaling Jaya

Call/Sms : 0135449973 – Angin


23 December, 2010

Seludup dadah dalam badan

Dadah-dadah yang telah dijumpai di dalam anggota badan manusia. Macam mana ko telan pun, polis dapat detect jugak. Jangan la ko risau k..hahahaha...




20 paket dadah disembunyikan di dalam kolon manusia. Eeee..geli aku..



Dadah diletakkan di bawah lidah



Bawah lidah



Di dalam kolon (tali perut laaaa...)




100 paket kokain dalam perut orang ni




Cuba menyeludup kokain di bawah lidah beliau.




9 paket kokain telah dijumpai.








2nd Anniversary 2010 (16th December 2010)

Salam semua.
17hb - 19hb Disember haritu aku pergi berjumpa dengan si kenit di Singapore.
Aku dan si dia nak celebrate 2nd Anniversary la lebih kurang camtu. Firstly, aku sampai Singapore lambat dan kesian tengok muka si kenit ni muncung panjang sampai boleh buat ikat riben..hehehe...(sori my dear)..

Lepas aku sampai dan ambil dia di Couseway Point, aku terus gerak pergi makan mee rebus di P&Z Mee rebus. Lazat dan enak berkrim.. Tapi rasa mee rebus di Singapore ni ada beza sikit berbanding dengan mee rebus di Melaka. Rasa dia ada macam mee Jawa pun ada..Manis2 camtu la rasanya. Ok, lepas dah melantak semua, aku dan kenit ni terus cari hotel untuk lepak selama 2 malam...WOW!!! Semua hotel fully booked and Congrates to u angen...hahaha...Sapa suruh tak book awal2...Cari punye cari hotel di sekitar Bugis, dapat la jumpa satu hotel ni..dan terus stay sana dengan harga $258..terus kopak duit aku beb...hahahaha..Tak ape la,sekali sekala je...


Dapat je hotel aku terus hantar si kenit ni ke Tampines. 1st Time aku naik MRT kat Singapore ni. Ape yang aku boleh kata, MRT dia lebih luas dan panjang. Hehe. Memang panjang gaban la. Stesen dia pun agak high tech jugak la kalau nak compare dengan Malaysia. Ada 3 storey bawah tanah untuk naik tren diorang ni. Escalator plak gaban punye laju. hahaha.... Dah2.. Lepas hantar dia dan berjanji untuk jumpa di tempak letak basikal di MRT Station Tampines. So, aku pun terus pulang ke hotel di Station Bugis.

Perut dah kenyang, hotel dah ade, katil dah tunggu....Apa lagi nak ditunggu lagi..Terus aku landing hingga esok pagiHabis untuk hari pertama aku di Kota Singa ini..Bye2..ini ada gambar untuk korang tatap la yea..








16 December, 2010

Happy 2nd Year Anniversary to Angenz n Babyzaza

Happy Anniversary Dear.....
Just can say ONE word.
I JUST LOVE MY BABY.


These are a few picture when and where our 1st time meeting be hold.(my english sucks.)

Aku duduk bersama dengan si kenit saya di kerusi yang banyak2 di belakang tu.(maaf,guna gambar dari internet je...sebab gambar asal ada dalam hardisk lama)

1st time duduk minum teh bersama parents si kenit di sini..huhuhu...cuak beb..sampai kiub gula yang gua letak dalam teh pun,gua tak kacau..terus minum..last2 kt atas tawar,kt bawah je manis...telan je time tu beb....gigil kot..hahaha....

15 December, 2010

Malaysia VS Vietnam 2-0 (Bukit Jalil)

Aku lepak di Syed Bistro Kelana Jaya je untuk menonton Malaysia VS Vietnam.
Come on Malaysia!!!
You can do it.!!!
Yeay!!
Malaysia menang 2-0


Sambil update blog dan Facebook..hehehe..