03 November, 2012

B E B A S


Kebebasan.....

Semua orang pun mahukan kebebasan. Tidak kira la samada bebas beragama, bebas dari jajahan atau apa2 jua jenis kebebasa. Tapi aku macam sukar untuk dapatkan kebebasan hidup ni. Semua benda aku ada limit. Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan buat masa sekarang ni. Semuanya dalam keadaan serabut. Aku nak fokus pada diri aku sahaja. Setiap apa yang aku buat semua tidak dapat membahagiakan orang. Aku tahu bahawa diri aku ni jahat, tapi perlukan aku dihukum dengan ketidakadilan semua ni?

Aku hilang punca. Apa yang perlu aku buat? Hehehe... Sit back and relax. Banyak sangat benda yang menghalang aku untuk terus sayangkan orang tu. Banyak sangat yang aku fikirkan. Keluarga, duit, ekonomi, pekerjaan, dan yang paling penting perangainya selepas berkahwin nanti. Adakah dia boleh terima aku dengan perangai aku sekarang ni? Perangai aku sekarang ni pun dia masih tak boleh untuk tahan, bagaimana kalau nak tahan selepas kahwin nanti? Aku tak tahu apa yang perlu aku buat. Serius aku tak tahu. Aku cuma berharap jodoh tu ditentukan segera agar aku dapat tahu siapa bakal bini aku di masa depan.

Gelap....

Aku rasa terasa kosong dan gelap asik memikirkan tentang kehidupan percintaan aku ni. Cinta seharusnya mudah dan dipermudahkan. Bukan suatu yang rumit dan menyusahkan. Selalu dimarahi, selalu di"provoke" dan selalu diuji kesabaran aku ni. Sampai bila aku perlu tahan dengan semua tu? Lepas kahwin akan berubah? Boleh ke berubah kalau sekarang pun dah sebegitu rupa? Semuanya aku celaru dan konfius. Aku sangat serabut buat masa sekarang ni. Aku inginkan jalan penyelesaian segera ya Allah..



Yang diperbodohkan,
angenzzz


No comments:

Post a Comment