06 November, 2012

C U B A





Cuba.....

Telah banyak benda aku cuba untuk berubah. Tapi satu benda pun kau tak nampak apa yang cuba untuk aku ubah. Yang kau tahu cuma keburukan aku dan segala rasa ketidakselamatan (insecure) kau sahaja. Tapi perasaan aku ada kau fikir? Aku rasa kau tak pernah nak fikir tentang apa yang aku rasa. Yang kau tahu cuma perasaan kau yang kononnya terlalu sayangkan aku sehingga kau buat aku sedemikian rupa. Apa yang kau nak daripada diri aku? Kau terlalu kerap mengungkapkan perpisahan, dan dengan senangnya kau baik semula denganku. Tapi bila aku yang putuskan sebegitu, kau seolah-olah menidakkan keputusan aku. Kau living in denial. Kau cakpa yang kau sayangkan aku, tapi hakikatnya tidak. Kau terlalu mengongkong dah sentiasa mengungkapkan kata perpisahan dalam setiap pertelingkahan kita. Tidak pernah sekali kau berada dalam keadaan yang rasional dan memikirkannya terlebih dahulu. Yang kau tahu cuma perasaan marah kau sahaja. Perasaan aku yang perlu aku tanggung sendiri.

Segala apa yang kau buat, semuanya benar belaka. Setiap apa yang aku cuba buat, semuanya salah. Kau yang mahukan perpisahan. Kau yang beriya-iya mahukan benda tu. Aku tak sanggup melihat kau derita kerana tidak dapat "perpisahan" itu dari aku. Bila aku memberikan "benda" (perpisahan) kepada kau, kau seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan.

Dulu pernah aku balik semula kepada diri kau. Tapi pada suatu ketika itu, kita tidak sependapat dan bergaduh. kau mengungkapkan kata "i menyesal kerana terima u semua...sebab perangai u macam ni n tak pernah berubah" .... Aku sebagai lelaki juga mempunyai ego untuk aku simpan dalam diri ini. Kalau kau sebagai wanita telah mempermainkan ego aku, dan membodohkan eog aku sebegitu rupa....bagaimana perlu aku hormat kau di kemudian hari???

Aku rendahkan ego aku dengan kembali dan ingin bersama kau semula. Tapi ayat itu yang kau terlah beikan kepada aku. Aku redha dan tau tahu apa yang perlu aku buat lagi.

Jika kau inginkan kebahagian, aku rela lepaskan kau. Kerana kau TIDAK PERNAH berasa gembira bersama denganku. TIDAK PERNAH SEKALI kau berasa GEMBIRA dengan diri aku ni. Dan aku TAK BOLEH membuat diri kau BAHAGIA.

Kalau kau membaca coretan hina ini. Aku harap kau dapat mengerti tentang apa yang aku rasa. Aku tidak mahu BLAME siapa2 di dalam hal ini. Saya inginkan dirimu bahagia dan kamu tidak boleh bahagia dengan saya sekarang ini. Kerana setiap apa yang saya buat, kamu tidak mempercayainya.

Sayang?


Sayang tu mungkin tidak perlu saya ungkapkan kerana semua itu berkait dengan hati. Jika seseorang tu kita sayang, saya lebih rela melihat dia bahagia dan membiarkan diri saya menderita daripada saya melihat dirinya menderita kerana diriku.

Aku buntu kerana telah banyak kali kau inginkan perpisahan. Aku confuse dengan diri kau. Kau inginkan perpisahan, tapi kau menyatakan yang dirimu menyayangi diriku. Apakah perasaan yang kau ade sekarang?
Inginkan perpisahan dan sayang kepadaku? Tak faham. Sumpah aku tidak mengerti.
   


Insan hina yang menulis

No comments:

Post a Comment