16 May, 2012

Bahu Kiri "Tercabut"

Hahahaha.... Tajuk dah macam mencapap (mencari publisiti) gile. Biasalah, memang aku jenis camni. Attention seeker bak kata member aku bernama Hadli Hafizul. Hahahaha... Tak pernah pulak aku kena injury kat bahu ni. 1st time aku kena benda yang berat camni selama aku bermain sukan lembut ini (ragbi). 
Sebelum ni, tulang jari aku je yang terkeluar. Tapi lain pula yang jadi pada kali ni. Mahu dengar celoteh aku lagi? Sila kelik more yea..hahahaha....

11 May, 2012

K A W A N

Hehehehe....

Aku sebenarnya tak tahu nak tulis pasal apa untuk hari ni. Tapi memandangkan aku punya ramai kawan, so aku menulis la blog ni berdasarkan kawan2 aku. Aku memang sangat mementingkan kawan2 aku. Diorang adalah segalanya bagi aku, selain dari family aku sendiri. Aku tiada sape2 di kota metropolitan ni. Tiada orang yang boleh mendengar perit jerih aku sepanjang aku berada di kota ni. Hanya kawan yang sudi dan setia mendengar apa yang aku ceritakan....(sambung baca lagi dengan nada sedih k)hehe..

15 April, 2012

M A AF

Kalau kau ditakdirkan bukan bersamaku, jauhkanlah dirimu dari diriku.
Aku tau ko menderita bila bersamaku,
Aku lebih rela melihat kau bahagia dengan orang yang ko rasa selesa dan bahagia,
Mungkin aku tidak dapat memberikan kebahagiaan kepada dirimu,
Aku tidak baik untuk dirimu,
Aku masih tidak dapat berubah seperti yang dirimu inginkan,

Maaf,

Jika aku selalu membuatmu terluka,
Aku tak mampu mengukir senyuman di bibirmu lagi,
Andaikata dia yang terbaik buatmu, pergilah bersamanya,
Mungkin aku tidak relevan lagi bagi dirimu,
Aku tidak mampu dengan keadaan ini semua,

Maaf

Hatiku masih terluka dan tidak tahu bilakah masanya ia akan sembuh seperti sediakala,
Mungkin sehingga kau pergi meninggalkanku,
Semua itu aku tidak pasti,
Tidak mungkin aku boleh menilik masa depan yang agak suram di hadapan sana,
Aku tidak mampu dengan semua ini,
Jika dia mampu membuat dirimu tersenyum, mungkin itulah orang yang kau cari selama ini,
Bukan diriku lagi,

Maaf,

Jika lembaran ini membuatkan dirimu lebih sakit lagi,
Kerna diriku sentiasa sakit di dalam kerana tidak dapat membuatkanmu bahagia disampingku,
Andai ini takdirku,
Aku berserah,
Tiada daya aku lagi untuk menahan dirimu lagi,
Aku tak mampu,
Tak mampu untuk menahan dirimu dari terus pergi,
Aku masih tidak berhak sepenuhnya terhadap dirimu,

Maaf jika ini semua akan membuatkan dirimu marah kepadaku.
Ampun jika ada kesalahanku selama ini.
Jika kau ada yang lain, pergilah bersamanya.


warkah usang dari si perindu

31 March, 2012

A N N O Y I N G

Tolong la angin...Jangan buat buat orang rase annoying gile dengan ko boleh tak?aduhhh... tak faham bahasa lagi ke ko ni?aduh2...

30 March, 2012

Rugby Tournament

Aduhhhh....Pening2...Mesti semua orang ingat hidup aku ni penuh dengan benda2 yang memeningkan kan?
hahaha...aku tak tau nak cakap camne la.. Benda latest yang aku peningkan adalah pasal RAGBI...Last week (25 Mac 2012) aku ada tournament untuk qualifying untuk masuk ke SMS 10s. Aku mewakili team STAROBA dalam tournament tu. Tapi malangnya aku tak dapat nak penuhi hasrat diorang untuk qualified ke peringkat seterusnya. Aku rase guilty gila pasal aku rase aku dah boleh buat "try" dalam 1st half yang pertama tu. Tapi silap aku...mungkin aku bengong time tu, aku salah line untuk aku "dive" dan try. rupa2nya line 22...hahaha... Senget la ko angin..

Team STORMS dari Gombak (sorry gambar xleh nk censored)hahaha...

26 March, 2012

D I D I E

Hari ni aku rasa macam rajin la plak nk buat 2 post dalam suatu masa.(maybe sebab aku bosan sangat kot dalam meeting SEPIA ni)hahaha...dah lame aku tak masukkan gambar DIDIE kt dalam ni sejak dah bertukar warna.hahaha...ni la serba sedikit gambar DIDIE yang aku amik dah lama dulu. Lama sangat dah gambar ni, tapi baru skarang nk upload.

sreeeetttt.....drift kot...ahaha..

from behind

DIDIE with BONBON

half-cut

front view with BONBON's back

bontot tinggi?

side view

Retro


dalam gelap
Gambar2 ni semua dah diupload ke dalam facebook, tapi tidak di dalam blog..haha... Ok, tak perlu membebel lebih boleh?hahaha..ok2...