Aku sebenarnya tak tahu nak tulis pasal apa untuk hari ni. Tapi memandangkan aku punya ramai kawan, so aku menulis la blog ni berdasarkan kawan2 aku. Aku memang sangat mementingkan kawan2 aku. Diorang adalah segalanya bagi aku, selain dari family aku sendiri. Aku tiada sape2 di kota metropolitan ni. Tiada orang yang boleh mendengar perit jerih aku sepanjang aku berada di kota ni. Hanya kawan yang sudi dan setia mendengar apa yang aku ceritakan....(sambung baca lagi dengan nada sedih k)hehe..
hehehe...(dah tukar mood x?)...
Tapi ada orang yang tak boleh faham kehidupan aku di kota yang penuh dengan dugaan hidup ni. Tidak tahu tentang bagaimana aku boleh tempuh segalanya di sini tanpa bantuan dari dia dan keluarga aku. Dia tak pernah tahu tentang tu semua. Yang dia tahu cuma aku perlu menceritakan segala apa yg berlaku kepadanya dan sentiasa menceritakan. Aku penat dengan semua ni. Aku perlu ada masa bersama kawan. Itu adalah benda yang sangat penting bagi diri aku.
Prioritize?
Aku telah cuba prioritize "dia" dalam hidup aku. Tapi aku jauh darinya, kawan2 aku yang dekat dengan aku. Aku perlukan kawan2 aku kerana dia sentiasa ada di sisi aku walaupun aku byk masalah. Kawan aku yang akan ada di sisi aku kalau aku ada masalah. Jika "dia" datang ke KL, aku dah pun prioritze dia dalam situasi itu. Semua call dan mesej kawan2 aku, aku tak balas. Aku pentingkan "dia" juga dalam hidup aku. Tapi dia sentiasa cakap aku tak pernah prioritze "dia" dalam hidup aku. Tapi dia tak nampak semua tu. Aku sayangkan dia. Dia sangat sempurna bagi diri aku. Tapi aku nk hidup dengan dia sampai aku mati. Aku tak nak orang yg tak boleh faham diri aku untuk teman hidup aku sampai bila2. Aku nk mengimamkan orang yang boleh faham hidup aku macam mana. Bukan orang yang sentiasa mementingkan hati dan perasaan dia kerana aku tidak dapat melayannya kerana dia jauh. Aku tak pasti dengan apa yang dia rasa. Apa yang aku boleh bayangkan, dia hanya tidak dapat layanan yang sangat special dari aku walaupun aku hubunginya setiap masa. Aku perlukan ruang bersama kawan2 aku.
Paksa?
Tiada paksaan dalam percintaan. Aku tak pernah paksa orang untuk mencintai aku. Aku sedar yang diri aku ni tidak cukup sempurna untuk menjaga wanita. Aku sayangkannya, tapi jika itu semua adalah paksaan.....Aku tidak boleh. Tiada sebarang paksaan untuk dia menerima aku. Dan tiada sebarang paksaan untuk dia membenci aku. Aku berbuat salah di matanya, dan mungkin aku tidak merasakan benda itu salah. Semua orang ada pandangan masing2. Hanya dia dan aku sahaja yang tahu.
Sayang?
Aku tak tahu nak kata apa dengan perkataan tu. Kalau ada rezeki tu, akan ada la. Aku tidak mahu paksaan apa2 lagi.
ps: mak aku telah doakan aku semasa beliau mengerjakan umrah tahun lepas. Ini antara doanya untuk aku...
"Kalau betul itu jodoh angah, pertemukanlah angah dengan dia....kalau tu bukan jodoh angah, Allah s.w.t pisahkanlah dia"
Dialog mak dan aku:
Aku: mak, angah rase macam dah tak ada apa2 lagi dengan dia la
Mak: Nape ni ngah?dia buat apa sampai nk putus semua ni.?
Aku: Tak ada apa2 mak....cuma mungkin betul apa yg mak doakan angah tu.
Mak: Mak hanya doakan untuk anak mak ni yang terbaik je..
Aku: Angah sayang mak sampai bile2 mak...
Aku peluk mak aku dan mak aku terus menangis. Mungkin sebab dia sayangkan anak lelakinya ini sangat2 dan kasihan dengan nasib aku ini.
Aku sangat sayangkan mak aku. Hanya dia sahaja yang aku ada di dunia ini.
Wassalam.
Semasa Raya 2011, mak tengah hidangkan makanan pagi2 raya... |
tak pasti raya bila ni. Rasanya raya 2007 atau 2006. Abah, angah rindukan abah |
assalamualaikum. sy tak pernah menyesal dgn ape2 awak bagi sy. just to me now, sy ade byk peristiwa pahit yang sy tgh alami skg. sy tak pernah salahkan awak. sy undurkan diri jugak pasal sy rase sy bukan terbaik untuk awak in so many ways. same sepertimane ibu awak dah lindungi mu, gitu jugak ibu sy dah lindungi dan sygkan sy. sy nak minta maaf for everything i caused. i think u can be happier with the best person in the future. insyaAllah. Wasalam.
ReplyDeleteit was not easy to tell my parents yang kite dah berpisah. i just said to my mom. ma, ma ade doakan ape2 ke solat ape2? mama just senyum and tanye kenape dgn u dengan eikmar? i kate entah la ma....mama jwb satu je, skg redha je la. ayah pulak nangis bile kite berpisah. i rase ni la terbaik untuk kite due....maaf jika ade yang tersingung...salam.
ReplyDelete