03 November, 2012

B E B A S


Kebebasan.....

Semua orang pun mahukan kebebasan. Tidak kira la samada bebas beragama, bebas dari jajahan atau apa2 jua jenis kebebasa. Tapi aku macam sukar untuk dapatkan kebebasan hidup ni. Semua benda aku ada limit. Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan buat masa sekarang ni. Semuanya dalam keadaan serabut. Aku nak fokus pada diri aku sahaja. Setiap apa yang aku buat semua tidak dapat membahagiakan orang. Aku tahu bahawa diri aku ni jahat, tapi perlukan aku dihukum dengan ketidakadilan semua ni?

Aku hilang punca. Apa yang perlu aku buat? Hehehe... Sit back and relax. Banyak sangat benda yang menghalang aku untuk terus sayangkan orang tu. Banyak sangat yang aku fikirkan. Keluarga, duit, ekonomi, pekerjaan, dan yang paling penting perangainya selepas berkahwin nanti. Adakah dia boleh terima aku dengan perangai aku sekarang ni? Perangai aku sekarang ni pun dia masih tak boleh untuk tahan, bagaimana kalau nak tahan selepas kahwin nanti? Aku tak tahu apa yang perlu aku buat. Serius aku tak tahu. Aku cuma berharap jodoh tu ditentukan segera agar aku dapat tahu siapa bakal bini aku di masa depan.

Firman - Kehilangan Lirik


Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku
Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

12 October, 2012

Galaxy Note II

Wow....

Dah lama sangat aku tak update blog ni. Last aku update pun aku tak tahu bila. So sekarang ni aku tiba2 terasa nak update blog yang aku rase dah agak bersawang dengan labah2 dan sebagainya...hahahaha....

Tengok tajuk pun dah tahu apa yang aku nak tulis ni. Kisah ini tiada bersangkutan sangat dengan tajuk, tapi sedikit sebanyak adalah berkisar tentang tajuk tu jugak. Aku dah lama gila pakai Samsung Galaxy S2 ni (ada la dalam setahun 3 bulan kot). Kira lama la tu kan??hahaha... Mmmm.... Sejak dua menjak ni alhamdulillah la. Kehidupan aku semakin lapang dengan rezeki yang mula menampakkan susuk tubuhnya. Alhamdulillah sekali lagi. Semua ni berkat doa mak aku siang dan malam yang inginkan anak lakinya sorang ni berjaya. Amin. Moga mak sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki lagi mak. Angah ada mak sorang je kt dunia ni..hehehe...

Dalam masa sebelum raya sehinggalah sekarang ni, banyak benda aku dah lalui. Puasa, dapat moto baru, raya, 1st time bagi budak2 duit raya, beli barang2 motor, macam2 sangat aku dah lakukan. Kalau nak aku tuliskan kat sini memang banyak sangat la. hahaha... So aku malas nak cakap banyak la. Terus ke tajuk utama iaitu GALAXY NOTE 2 .....Aku geram gile dengan menatang ni. Ish2..Aku dalam dilema ni, samada aku nak beli ataupun tidak.. Adoi laaaa.....aaaaaargghhhh....

Video ni la yang buat aku gile... Siot la dunia ni.. Ada plak gadget yang inginku beli di dunia ni. Kalau tak ada gadget kan bagus. tak perlu la aku membazir duit kt gadget ni..hahahaha...



Ni pulak perbezaan di antara Galaxy Note dan Galaxy Note 2


Selamat teracun oleh aku yang sangat sukakan menatang ni

23 June, 2012

16 June, 2012

Mak, angah sayang mak

Tak tahu aku nak mulakan dari mana. Awal sangat untuk aku post new entry untuk hari ni. Skarang pukul 7.51 pagi ahad (16 Jun 2012). Sekali lagi hari ni aku mimpikan mak aku pergi mengadap Ilahi. Allahu Akbar. Sayu hati aku hanya tuhan sahaja yang tahu. Aku terlalu sedih untuk mengingatkan kembali mimpi aku tu. Mimpi kali ni terlalu mendalam sehingga aku tidak dapat menahan sebak air mata aku ni.

Sejurus selepas aku terjaga, aku terus mencapai telefon dan terus mendial nombor rumah aku. Baby yang angkat fon aku dan terus bertanyakan ingin bercakap dengan neneknya. Mak aku angkat, terus gugur air mata aku. Ayat pertama yang aku ucapkan adalah "Makkkk...angah sayang mak sangat..syg sangat2 mak".. Mak aku tanya kenapa ni.? Aku jawab dalam nada teresak2, cakap aku mimpikannya pergi selamanya. Mak aku terus nangis dan cakap "Mak selalu doakan mak panjang umur agar mak sempat tengok angah kahwin nanti, mak selalu doakan angah semua dapat rezeki dan jodoh yang baik."...Aku terlampau sayangkan mak. Aku tak sanggup kehilangan dia selepas ayahku tak ada. Biarlah aku pergi dulu sebelum dia. Aku tak sanggup melihat dia pergi. Aku tak boleh kehilangan dia lagi. Aku ada buat salah dengan mak aku ke?

Aku takut nak ingat saat2 mak aku pergi dalam mimpi tadi. Mak aku sorang di tepi pantai dan orang memberitahuku mak nazak. Aku berlari tepi pantai tu dan ternampak mak keseorangan terbaring sambil mengucapkan dua kalimah shahadah tanpa dibantu sesiapa. Mak cakap "Mak dan nak pergi ni"...Mulut mak terketar2 sambil berselimut siap. Macam dah buat persiapan untuk pergi buat selamanya. Sempat die membetulkan kedudukannya menghadap ke kiblat sebelum dia pergi. Aku ajarnya shahadah semua. Bisik di telinganya. Semua mak dengar. Masih dengar dengan jelas.

Tak sempat mimpi aku tu habis, aku terus terjaga dan terus menelefon mak dan menangis semahunya. Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan ayah, hargai mereka selagi mereka masih ada di sisi anda. Takut anda menyesal di kemudian hari macam saya. Semenjak kehilangan ayah 4 tahun lepas, aku terasa sangat menyesal kerana tak sempat membahagiakan dia sebelum dia pergi. Dia menyuruh aku berkahwin sebelum dia pergi. Aku tak sempat berinya wang gaji aku yang pertama setelah bergelar pemegang ijazah. Aku terlalu menjaga mak aku selepas itu.

Mak, angah terlalu sayangkan mak