Kepala aku selalu pening la sejak dua menjak ni. Entah la...Mungkin disebabkan oleh sakit bahu aku ni kot. Salah urat ke apa ntah. Aku pn tak tahu apa yang sebenarnya yang berlaku... Kerja pun skarang ni makin berlambak2 untuk disiapkan la. Tapi meeting pun tak habis2... Nak kata aku ni orang penting, tak ada la pula aku ni bergaji besar ke ape. Ape2 je la wahai manusia. Tapi seriously, kepala aku memang pening walaupun aku sedang menulis artikel ini..(amboi...bukan main artikel lagi ko yea angin)hahaha...
K A H W I N:
Minggu ni ramai gile kawan2 aku kahwin. 1st kawan RMC aku bernama Rashid. Nasib baik la aku dah pergi ke rumah sebelah perempuannya pada minggu lepas, so minggu ni aku tak dapat dapat la datang minggu ni kt seremban. Maaf yea rashid, aku tak dapat datang ke rumah ko. Hehehe...
Yang ni pulak, kawan aku semasa dia buat projek bersama TM tahun lepas kot. Dia merupakan vendor kepada TM, so kenal la jugak ngn si Shima aka M ni. hehehe... Majlis si M ni maybe saya tidak berkesempatan nak hadir kerana saya akan pulang ke kampung untuk menghadiri majlis yang lebih penting iaitu majlis kawan aku yang kat bawah ni.
Haaa.....Inilah dia majlis yang penting untuk aku pada minggu ini. Si Emy dah nk kawen dah. So aku pergi la ke rumah Dina untuk menghadiri akad nikah si Emy ni. Kawan rapat aku sejak aku form 3 dan dia adalah salah sorang kawan sejati aku kt dunia ni. So aku memang wajib pergi dua-dua belah pihak untuk majlis ni. hahahah.... Kalau tidak, mau mengamuk mamat tu ngan aku nanti..hahaha...
Majlis untuk ni pulak, dia ni merupakan kawan aku semasa di PLKN di Kem Warisan, Alor Gajah dulu. Dia pun nak kawen minggu ni. Aduhhh....memang pening la kan..hahahah....Aku singgah majlis dia ni sebelum aku gerak ke Alor Gajah la (sepupu aku kawen jugak...sila rujuk di bawah)
Ada lagi 2 majlis yang aku tak dapat nk screen capture event diorang kerana satu tu, sepupu aku kawen. So tak kan la dia nak ajak guna facebook je kan. So aku memang kena pergi la hari ahad tu. Satu lagi majlis, Hari ahad jugak.. Iaitu housemate aku bernama Raz. Adoooiii.... Memang pening la aku nak bahagikan diri aku ni nak ke mana.. Adoiiiiiiiiii..... Pening kepala aku datang menyerang balik.hahaha...
No comments:
Post a Comment