25 November, 2010
Training di Kelantan
23 November, 2010
Suara Mona Lisa??
Segala aspek telah dikaji dan dijadikan eksperimen untuk menentukan suara Mona Lisa yang terhasil.
Visit msnbc.com for breaking news, world news, and news about the economy
Serba sedikit tentang Mona Lisa yang saya ambil dari Wikipedia.Leonardo Da Vinci began painting the Mona Lisa in 1503 or 1504 in Italy. According to Da Vinci's contemporary, Giorgio Vasari, "...after he had lingered over it four years, left it unfinished...." It is known that such behavior is common in most paintings of Leonardo who, dissatisfied, would have regretted later in his life that he never completed a single work.
He is thought to have continued to work on Mona Lisa for three years after he moved to France and to have finished it shortly before he died in 1519. Leonardo took the painting from Italy to France in 1516 when King Francois I invited the painter to work at the Clos Luce near the king's castle in Amboise. Most likely through the heirs of Leonardo's assistant Salai, the king bought the painting for 4,000 ecus and kept it at Chateau Fontainebleau, where it remained until given to Louis XIV. Louis XIV moved the painting to the Palace of Versailles. After the French Revolution, it was moved to the Louvre. Napoleon I had it moved to his bedroom in the Tuileries Palace; later it was returned to the Louvre. During the Franco-Prussion War (1870–1871) it was moved from the Louvre to the Brest Arsenal.
There are many speculations about the painting's model and landscape. For example, that Leonardo probably painted his model faithfully since her beauty is not seen as being among the best, "even when measured by late quattrocento (15th century) or even twenty-first century standards." Some specialists in Chinese Art, such as Yukio Yashiro, also argue that the landscape in the background of the picture was influenced by Chinese Paintings, however this thesis has been contested for lack of clear evidence. Despite these arguments, it is known that Leonardo made some sketches before starting the picture (at right).
Mona Lisa was not well known until the mid-19th century when artists of the emerging Symbolist movement began to appreciate it, and associated it with their ideas about feminine mystique. Critic Walter Pater, in his 1867 essay on Leonardo, expressed this view by describing the figure in the painting as a kind of mythic embodiment of eternal femininity, who is "older than the rocks among which she sits" and who "has been dead many times and learned the secrets of the grave."[13]
22 November, 2010
Hukum Mewarnakan Rambut Mengikut ISLAM
Hukum mewarnakan rambut (sabgh al-sha'r) adalah harus kecuali mewarnakan rambut dengan warna hitam berdasarkan satu hadis riwayat Muslim, no. 2102: Ubahlah warna uban ini akan tetapi elakkanlah daripada warna hitam (menghitamkannya).
Warna hitam hanya diharuskan bagi mereka yang menghadapi penyakit beruban walaupun masih terlalu muda dan untuk muslihat perang. Namun mewarnakan rambut adalah makruh bagi golongan muda yang tidak bermasalah.
Pengecualian dikhaskan kepada para isteri yang berbuat demikian atas permintaan suami atau diizinkan oleh suami.
Hukum ini bertukar menjadi haram jika tiada tujuan tertentu seperti untuk suka-suka atau dengan niat yang bersalahan dengan panduan syarak seperti wanita yang berbuat begitu untuk menunjuk-nunjuk atau berhias-hias (tabarruj) mempamerkan rambut kepada bukan mahram dengan mengabaikan syariat menutup aurat dalam Islam.
Begitu juga jika bahan yang digunakan merosakkan rambut anugerah Allah kerana ia adalah amanah Allah yang 'dipinjamkan' kepada kita.
Apa yang penting bagi orang yang ingin mewarnakan rambut ialah bahan pewarna itu halal dan telap air seperti inai (ini jelas harus dan disebut di dalam hadis) kerana jika tidak telap air, wuduk anda dianggap tidak sah.
Mengikut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), dari segi ramuan pewarna rambut yang berada di pasaran kita terbahagi kepada dua jenis. Kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan tetapi satu telap air dan satu lagi tidak, maka perlulah dipastikan terlebih dahulu.
Pewarna rambut yang dipasarkan biasanya akan tertulis pada kotak permanent dye atau semi permanent dye.
Mengikut kajian, jenis yang semi-pamenent dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ia tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.
Hakikatnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Secara teknikalnya, Jakim hanya mengeluarkan sijil halal untuk produk yang diproseskan di Malaysia sahaja.
Tiada keharusan ditemui untuk mewarnakan rambut pelbagai warna pada satu kepala (tamyish al-sha'r). Ada ulama menghukumkan haram kerana menyerupai budaya orang kafir.
21 November, 2010
A Date After sooooo long!
Sari berita penting..hehe.xde la, saje je main2.
Hari ini merupakan hari yang paling gembira (dah brape byk kali hari gembira aku ek?) buat diri aku ni. Dapat berjumpa dengan si kenit ni. Tersangatlah gembira rasa di hati dapat berjumpa dengan si dia ni. Makin comel awek aku sorang ni. Cantik, comel, semuanyalah..Tapi satu benda je yang die xberubah jugak, STILL KENIT. Hehehehe....Jangan marah yea dear.
Apa2 pun,
Esok kite jumpe lagi ok dear.!
Take care all.
p/s: Post kali ni jiwang la plak..hehehe...jgn marah yea....
19 November, 2010
Batuk ~
16 November, 2010
Hukum Bersanggul Tinggi Walaupun Bertudung
Bertudung adalah kewajipan bagi setiap wanita. Wanita dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Ada yang kata bertudung mengikut fesyen dan memandang sinis wanita bertudung tetapi masih melanggar hukum agama. Bertudung sebenarnya bukanlah pendinding dari wanita membuat maksiat. Apa yang penting ialah keimanan dalam diri.
Fesyen tudung juga berubah dari zaman ke zaman. Pelbagai jenis tudung yang menjadi ikutan para wanita seperti tudung bawal, tudung Dato K, tudung Ekin, tudung Yuna, tudung awning la.. Yang untung ialah penjual tudung.
Trend wanita sekarang yang suka memakai tudung ala Arab Syria yang nampak cantik jika dipadankan sanggul tinggi. Katanya jika rambut pendek boleh beli ‘sanggul palsu’.
Namun begitu, jangan terperanjat ada hadis berkenaan dengan sanggul tinggi ni.
“ Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.”
Hadis di atas bukan sahaja berkenaan dengan sanggul tetapi juga berkenaan dengan fesyen perempuan zaman sekarang yang bertudung tetapi memakai baju yang singkat,jarang , nipis dan sendat. Bertudung tetapi memakai t’shirt lengan pendek, berbaju pendek sehingga nampak toot.
Kalau nak bertudung, ikutlah syariat. Cantik-cantik juga, tapi hukum jangan dilupa.
Kredti to Isuhangat
Petua: Steamed orange untuk batuk2
Gambar Obama naik basikal
: : S A K I T T E K A K : :
15 November, 2010
K E M A T I A N
Tubuhku sejuk terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu.
yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan sebuah lori.
Dan darahku membasahi jalan..
Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat sesak menghimpit dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.
Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.
“Mengucap sayang,,mengucap……..Asyhaduallailahaillallah.. …….” ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.
Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.
“Bagaimana dengan keadaannya doktor?” Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.
“Tenat”,jawab doktor dengan ringkas.
“Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha”.
Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah…..
Abang!! Bukakan mataku!!
Tapi mataku…….semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. “Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah.”Abangkah yang bersuara tu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.
“Tekanan darahnya amat rendah”. sayup sayup kedengaran suara doktor.
Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu…..aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.
…
“Yassin…….”.
Bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???
Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!
Sedetik lagi sakaratul maut akan menjemputku! Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.
Aku di ambang sakaratul maut…… Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.
“Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut”.Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.
“Panas,dahaga,haus,panas……..”.tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang,”Nenek…………”.
Mari cu… ikut nenek..
“Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini”.
“Ibu……”. Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
” Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi…..”.
”Ayah…….kau datang ayah…….”.
“Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga”.
“Nenek….ibu…..ayah…….suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??
“Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah…….”. Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.
Manusia-manusia berjubah hitam datang.”Mari ikut kami”. manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya”Mari ikut kami”.cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang .”Apa ini,apa ini?.
AKULAH SAKARATUL MAUT!!!
Jeritan yang paling menakutkan pernah aku dengar!! Allahhhhhhhhhhhhh, sakitnyaaaaa!!!
Tubuhku seakan ditarik dan gegendang telingaku pecah mengeluarkan nanah kuning pekat.
Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.
“Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah…….”.Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.
Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun….
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.
Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. “Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya……”.
“Assalamualaikum……”. “Siapa yang memberi salam itu?”. “Aku”. “Kau siapa wahai pemuda???”. Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.
Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya……jijik,loya,aku rasa……..teramat loya melihatnya.
“Kau tak kenal aku?”. “Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini”. “Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari”. “Bohong!”.Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. “Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini”. “Akulah amalanmu yang keji……….”.
Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat..Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????
“Tolong….sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu……malu…..malu……!!!!!!”.
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. “Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas….panas……..”.
Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?
Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. “Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan”. Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku’,sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.
Kotak apa ini?”Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak”. “Al-Fatihah!”Kedengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?”. Nun jauh di sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku. “Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!”. Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. “Perlahan-lahan”,aku terdengar suara tok imam memberitahu.”Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!”.Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.
“Tanah apa ini?”. “Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah”.
“Innalillahiwa innailaihi rajiuuun…….Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali”. Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.”Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar……..”.Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ……aku kini keseorangan.
“Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong!!!!
“Memadailah Kematian Sebagai Nasihat” Wallahualam..
14 November, 2010
: : S A K I T : :
Gambar sekitar perlawanan Cobra 10s 2010
Penguins Rugby Team from UK won the Cobra 10s 2010!!!
Cobra 10s
Cobra 10s? Hari ini angin nk pergi tgk rugby 10 side di Stadium Kelana Jaya, dianjurkan oleh HSBC. Konfem best tgk game international camni. Best2. Rugby 10 side ni hanya dimainkan oleh 10 orang untuk setiap pasukan. Log = 5 orang (prop 2 orang,hooker sorang,2nd row sorang, dan scrumhalf sorang), backline = 5 orang (blink side wing, standoff,inside center, outside center, winger), fullback sorang...
Diorang akan bermain selama 10min,1minit(rehat) dan 10 minit. Tapi ini semua bergantung kepada penganjur nak buat macam mane. Ade tu main 15minit, 1minit, 15minit...Semua ini bergantung kepada penganjur..hehe...Biasanya diorang ni akan main dengan sangat laju (tapi slow sikit dari main 7s hehe..) kerana space untuk diorang lari luas berbanding kalau diorang main 15s.
Sukan ini sangat gentleman kerana walaupun diorang tackle dengan ganas dan kasar, dah memang adat sebagai player ragbi untuk bertindak kasar. So kepada sesiapa yang ingin game yang lembut2, rabgi bukanlah sukan yang sesuai. hehe...So kat bawah ni ada la gambar2 legend yang aku bg untuk tatapan korang.
13 November, 2010
Bersiar-siar bersama rakan-rakan
Harini best gile lepak ngn ofismate semua.. Antaranya adalah Hedayat7 dan Mohd Faiz Zaini..heaven gile la lepak2..walaupun "kopak" sikit la poket,tp mmg berbaloi-baloi la..jarang dapat peluang buat agenda sebegini rupa..Sangat penat la hari ini.
Angin mahu tido dlu la k. Nnt esok akan angin update gambar dan perkara2 menarik yang telah berlaku pada hari ini..hehehe..InsyaAllah akan angin update picture2 menarik hari ini...nyte2!!!
12 November, 2010
Nokia N8, Experia X3, dan Iphone4
Dalam fikiran ni, terfikir jugak nk tuka handphone. Tapi handphone ape yang best untuk kegunaan angin ni? Macam bukan yang suka sangat features handphone yang pelik2 ni. Tapi angin suka la tengok gadget2 yang style2 macam Iphone4 tu..hehe...Tapi angin kalau nk beli handphone pun lepas ni, try la cari yang boleh on9 di mann2 je..Almaklum la Mrs Angin tu dok jauh, so memang selalu la nk ber"online" dengan dia..Antara
yang ini
dan yang ini
Mestilah angin akan pilih yang last skali tu. Tapi kalau dapat yang ini pun dah bersyukur sangat2...
hehehe...Bila la rasenye nk dapat handphone canggih2 camni..ish2...sabar k angin..insyaAllah boleh dapat tu..hehe..bye2
11 November, 2010
Goldie Suit with SSR or Advan RG?
Angin sebenarnya dah lame berhajat nk tukar bodykit, tapi belum ade ongkosnya.
So berangan je la dengan meng"fotoshop"kan gambar idaman..haha...
Harap2 dapat la tukar cepat2. Tak sabar rasenye nk lihat Didie-ku kelihatan cantik dan menawan..hehehe...
Angin ada la design 2 rim yang berkenan dihati...berikanlah pandangan tuan2 yea..
thanks...
10 November, 2010
Labuan 7's 2005
Hari ini angin nak berkongsi gambar semasa angin menyertai Ragbi 7 sebelah yang dianjurkan oleh UMS-KAL (UMS-Kampus Antarabangsa Labuan). Angin menjadi sebahagian dari player2 yang bertungkus-lumus bekerja keras untuk memperoleh kejayaan pada tournament ini.
Team A telah menjuarai kategori Plate, manakala UMS-KK(Kota Kinabalu) hanya sekadar tempat kedua dalam kategori Cup. Terdapat gambar disertakan. Antara Team yang menyertai tournament ini adalah:
Ini pula gambar2 AJK dan sekitar pertandingan: