28 December, 2010

SSR Type C for Sale!!! Just for RM900



SSR Type C RS . 4×100
16″ x 7
Offset 40
Ready stock

Location : Kelana Jaya, Petaling Jaya

Call/Sms : 0135449973 – Angin


23 December, 2010

Seludup dadah dalam badan

Dadah-dadah yang telah dijumpai di dalam anggota badan manusia. Macam mana ko telan pun, polis dapat detect jugak. Jangan la ko risau k..hahahaha...




20 paket dadah disembunyikan di dalam kolon manusia. Eeee..geli aku..



Dadah diletakkan di bawah lidah



Bawah lidah



Di dalam kolon (tali perut laaaa...)




100 paket kokain dalam perut orang ni




Cuba menyeludup kokain di bawah lidah beliau.




9 paket kokain telah dijumpai.








2nd Anniversary 2010 (16th December 2010)

Salam semua.
17hb - 19hb Disember haritu aku pergi berjumpa dengan si kenit di Singapore.
Aku dan si dia nak celebrate 2nd Anniversary la lebih kurang camtu. Firstly, aku sampai Singapore lambat dan kesian tengok muka si kenit ni muncung panjang sampai boleh buat ikat riben..hehehe...(sori my dear)..

Lepas aku sampai dan ambil dia di Couseway Point, aku terus gerak pergi makan mee rebus di P&Z Mee rebus. Lazat dan enak berkrim.. Tapi rasa mee rebus di Singapore ni ada beza sikit berbanding dengan mee rebus di Melaka. Rasa dia ada macam mee Jawa pun ada..Manis2 camtu la rasanya. Ok, lepas dah melantak semua, aku dan kenit ni terus cari hotel untuk lepak selama 2 malam...WOW!!! Semua hotel fully booked and Congrates to u angen...hahaha...Sapa suruh tak book awal2...Cari punye cari hotel di sekitar Bugis, dapat la jumpa satu hotel ni..dan terus stay sana dengan harga $258..terus kopak duit aku beb...hahahaha..Tak ape la,sekali sekala je...


Dapat je hotel aku terus hantar si kenit ni ke Tampines. 1st Time aku naik MRT kat Singapore ni. Ape yang aku boleh kata, MRT dia lebih luas dan panjang. Hehe. Memang panjang gaban la. Stesen dia pun agak high tech jugak la kalau nak compare dengan Malaysia. Ada 3 storey bawah tanah untuk naik tren diorang ni. Escalator plak gaban punye laju. hahaha.... Dah2.. Lepas hantar dia dan berjanji untuk jumpa di tempak letak basikal di MRT Station Tampines. So, aku pun terus pulang ke hotel di Station Bugis.

Perut dah kenyang, hotel dah ade, katil dah tunggu....Apa lagi nak ditunggu lagi..Terus aku landing hingga esok pagiHabis untuk hari pertama aku di Kota Singa ini..Bye2..ini ada gambar untuk korang tatap la yea..








16 December, 2010

Happy 2nd Year Anniversary to Angenz n Babyzaza

Happy Anniversary Dear.....
Just can say ONE word.
I JUST LOVE MY BABY.


These are a few picture when and where our 1st time meeting be hold.(my english sucks.)

Aku duduk bersama dengan si kenit saya di kerusi yang banyak2 di belakang tu.(maaf,guna gambar dari internet je...sebab gambar asal ada dalam hardisk lama)

1st time duduk minum teh bersama parents si kenit di sini..huhuhu...cuak beb..sampai kiub gula yang gua letak dalam teh pun,gua tak kacau..terus minum..last2 kt atas tawar,kt bawah je manis...telan je time tu beb....gigil kot..hahaha....

15 December, 2010

Malaysia VS Vietnam 2-0 (Bukit Jalil)

Aku lepak di Syed Bistro Kelana Jaya je untuk menonton Malaysia VS Vietnam.
Come on Malaysia!!!
You can do it.!!!
Yeay!!
Malaysia menang 2-0


Sambil update blog dan Facebook..hehehe..

Another 4 hours and 30 minutes!!

Lagi 4 jam dan 30 minit sebelum 2tahun...hehehe...
Love my kenit ni.

Inka Cristie - Rela

video

Tak ubah berbunga lalang
Rendahnya pandanganmu
Padaku yang amat memerlukan

Kegersangan sekeping hati
Mengharapkan setitis embun
Agar basah rindu ini

Aku yang terbiar
Sejak mula lagi
Biar ku merintih
Puas ku berduka

Ku hanya mampu berserah
Berserta doa harapan
Ubahlah haluan hidup ini

Demi cinta yang menyala
Kurela menggenggam bara api
Demi kasih yang mengharum
Sungguh aku rela

Biarpun pada pandangan
Seperti bunga yang layu terbuang
Namun kau pasti tahu
Semua kerna
Aku masih lagi setia padamu
Puas ku menangis seumpama pengemis

Ku hanya mampu berserah
Berserta doa harapan
Ubahlah haluan hidupku ini


Story Mory...

Ada banyak lagi cerita-cerita menarik ingin aku kongsikan dalam blog ni..Inilah yang mampu aku balas kerana dah lama sangat aku tak update blog aku ni..hehe..

Training di Kelantan II

Salam,
Pada 24-26 November lepas, buat pertama kalinya aku telah menjejakkan kaki aku di Bumi Kelantan. Aku dah janji nak masukkan gambar2 dalam post aku sebelum ni iaitu "Training di Kelantan". Semua aku masukkan dalam entry kali ni. Harap semua ok dengan kehadiran gambar2 ini..hehehe... Aku memang tak pernah pergi lagi ke negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Aku rase teruja jugak la kerana aku tak pernah rase nk ke sini dan last2 skali dapat jugak aku datang ke sini. Ni gambar aku kt dalam flight.



Dimulakan aku bersarapan pagi bersama-sama staff TM Kelantan di Kedai Selera Daun Pisan, berhampiran dengan Pengkalan Chepa (aku tak tau la apa name kawasan ni). Sampai je kt kedai ni, terus die kate "pergi la pilih lauk dan makan nasi tu.."
Dalam hati aku cakap "nasi?pagi2 dah makan nasi?...susah aku nk berdiet kt kelantan kalau camni ni..."hahahaha....Last2 aku pergi la pilih lauk-pauk dan ambil nasi dagang yang masih belum pernah aku rase selama ni..
Nasi dagang bersama boss aku (Kak Mas)






Ini pula antara gambar2 makan dan tempat2 yang aku lawati sepanjang aku di Kelantan


Pasar Siti Khadijah
Suasana di luar Pasar Siti Khadijah
Sempat Empat di tengah2 banda Kota Bharu (depan Parkson)




Nasi ni memang terbaik la..harga RM4.50 je...kurang asam punye harga..ayam ni dia potong 4 je kot..hahaha...sedap dan amat2 mengenyangkan..hehe..

Di sekitar muzium Kelantan (pagi2 buta sebelum pergi beli keropok di Pasar Siti Khadijah)



Signboard pun jawi kt sana. hehehe..

Gambar lawatan sambil belajar..hahahaha...





Sekian saja coretan aku di kelantan ini

Didie with SSR Type C RS

Salam semua
Dah lama aku tak update blog aku ni.
harini aku nk letak la yang aku skarang ni baru je pasang rim baru ke atas keretaku yang comel iaitu Didie (Goldie)..Jangan marah haaa..
Aku dah pun masukkan rim baru kt Didie ni, tapi belum cukup complete rasenye sebab masih belum masukkan spring yang sesuai untuk size rim tersebut. Diharapkan agar ada la duit selepas ni untuk aku masukkan spring dan menjadikan Didie kelihatan lebih comel.
Ini adalah antara gambar2 yang sempat aku ambil time hari pertama aku masukkan rim baru ke atas Didie (13.12.2010)....
Aku masukkan Didie dengan SSR Type C RS...Murah je kalau nk comparekan dengan harga original.hehehe...







25 November, 2010

Training di Kelantan




Salam semua...
Buat masa sekarang ni, aku tak dapat nk update blog ni kerana ade kerja2 yang perlu disetelkan di Kelantan.
Diharapkan agar semua bersabar dengan janji2ku untuk meng'upload' gambar2 yang terdahulu tu.
Harap korang tak marah yea.
Thanks



23 November, 2010

Suara Mona Lisa??

Hari ini saya mahu kongsikan apa yang telah saya dapatkan dari sebuah blog.
Ia berkenaan dengan pengkajian terhadap suara Mona Lisa jika ia boleh bercakap.
Segala aspek telah dikaji dan dijadikan eksperimen untuk menentukan suara Mona Lisa yang terhasil.

Visit msnbc.com for breaking news, world news, and news about the economy

Serba sedikit tentang Mona Lisa yang saya ambil dari Wikipedia.


Leonardo Da Vinci began painting the Mona Lisa in 1503 or 1504 in Italy. According to Da Vinci's contemporary, Giorgio Vasari, "...after he had lingered over it four years, left it unfinished...." It is known that such behavior is common in most paintings of Leonardo who, dissatisfied, would have regretted later in his life that he never completed a single work.

He is thought to have continued to work on Mona Lisa for three years after he moved to France and to have finished it shortly before he died in 1519. Leonardo took the painting from Italy to France in 1516 when King Francois I invited the painter to work at the Clos Luce near the king's castle in Amboise. Most likely through the heirs of Leonardo's assistant Salai, the king bought the painting for 4,000 ecus and kept it at Chateau Fontainebleau, where it remained until given to Louis XIV. Louis XIV moved the painting to the Palace of Versailles. After the French Revolution, it was moved to the Louvre. Napoleon I had it moved to his bedroom in the Tuileries Palace; later it was returned to the Louvre. During the Franco-Prussion War (1870–1871) it was moved from the Louvre to the Brest Arsenal.

There are many speculations about the painting's model and landscape. For example, that Leonardo probably painted his model faithfully since her beauty is not seen as being among the best, "even when measured by late quattrocento (15th century) or even twenty-first century standards." Some specialists in Chinese Art, such as Yukio Yashiro, also argue that the landscape in the background of the picture was influenced by Chinese Paintings, however this thesis has been contested for lack of clear evidence. Despite these arguments, it is known that Leonardo made some sketches before starting the picture (at right).
Mona Lisa was not well known until the mid-19th century when artists of the emerging Symbolist movement began to appreciate it, and associated it with their ideas about feminine mystique. Critic Walter Pater, in his 1867 essay on Leonardo, expressed this view by describing the figure in the painting as a kind of mythic embodiment of eternal femininity, who is "older than the rocks among which she sits" and who "has been dead many times and learned the secrets of the grave."[13]



22 November, 2010

Hukum Mewarnakan Rambut Mengikut ISLAM

"Apakah hukum mewarnakan rambut mengunakan pewarna yang dinyatakan halal, walau pun bermacam-macam warna?"

Hukum mewarnakan rambut (sabgh al-sha'r) adalah harus kecuali mewarnakan rambut dengan warna hitam berdasarkan satu hadis riwayat Muslim, no. 2102: Ubahlah warna uban ini akan tetapi elakkanlah daripada warna hitam (menghitamkannya).

Warna hitam hanya diharuskan bagi mereka yang menghadapi penyakit beruban walaupun masih terlalu muda dan untuk muslihat perang. Namun mewarnakan rambut adalah makruh bagi golongan muda yang tidak bermasalah.

Pengecualian dikhaskan kepada para isteri yang berbuat demikian atas permintaan suami atau diizinkan oleh suami.

Hukum ini bertukar menjadi haram jika tiada tujuan tertentu seperti untuk suka-suka atau dengan niat yang bersalahan dengan panduan syarak seperti wanita yang berbuat begitu untuk menunjuk-nunjuk atau berhias-hias (tabarruj) mempamerkan rambut kepada bukan mahram dengan mengabaikan syariat menutup aurat dalam Islam.

Begitu juga jika bahan yang digunakan merosakkan rambut anugerah Allah kerana ia adalah amanah Allah yang 'dipinjamkan' kepada kita.

Apa yang penting bagi orang yang ingin mewarnakan rambut ialah bahan pewarna itu halal dan telap air seperti inai (ini jelas harus dan disebut di dalam hadis) kerana jika tidak telap air, wuduk anda dianggap tidak sah.

Mengikut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), dari segi ramuan pewarna rambut yang berada di pasaran kita terbahagi kepada dua jenis. Kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan tetapi satu telap air dan satu lagi tidak, maka perlulah dipastikan terlebih dahulu.

Pewarna rambut yang dipasarkan biasanya akan tertulis pada kotak permanent dye atau semi permanent dye.

Mengikut kajian, jenis yang semi-pamenent dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ia tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.

Hakikatnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Secara teknikalnya, Jakim hanya mengeluarkan sijil halal untuk produk yang diproseskan di Malaysia sahaja.

Tiada keharusan ditemui untuk mewarnakan rambut pelbagai warna pada satu kepala (tamyish al-sha'r). Ada ulama menghukumkan haram kerana menyerupai budaya orang kafir.

21 November, 2010

Hujan air batu di Mekah » Mekah, Mina, Apapunsetiap, Madinah, Begitu, Sering » Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Hujan air batu di Mekah » Mekah, Mina, Apapunsetiap, Madinah, Begitu, Sering » Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

A Date After sooooo long!

Salam semua.
Sari berita penting..hehe.xde la, saje je main2.
Hari ini merupakan hari yang paling gembira (dah brape byk kali hari gembira aku ek?) buat diri aku ni. Dapat berjumpa dengan si kenit ni. Tersangatlah gembira rasa di hati dapat berjumpa dengan si dia ni. Makin comel awek aku sorang ni. Cantik, comel, semuanyalah..Tapi satu benda je yang die xberubah jugak, STILL KENIT. Hehehehe....Jangan marah yea dear.



Apa2 pun,

I LOVE U FOREVER SYG!
Nazaahah, I Love U so much.
I need u in my life!
I'm Truly Love U From Bottom of My Heart!


Esok kite jumpe lagi ok dear.!
Take care all.










p/s: Post kali ni jiwang la plak..hehehe...jgn marah yea....

Pink?






Hehehe....
Pink?
Esok aku upload gambarnye ok.




19 November, 2010

Batuk ~

Salam..
Serius angin hangin gile ngn batuk ni..gua xlarat dah nk tahan batuk ni.
Sampai sakit kepala lak kalau batuk kuat2...
Ish2...tensen2...
Sabar yea angin...
Nnti sihat la tu.
Nk makan ubat, malas la plak.
hehehe...

16 November, 2010

Hukum Bersanggul Tinggi Walaupun Bertudung

Bertudung adalah kewajipan bagi setiap wanita. Wanita dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Ada yang kata bertudung mengikut fesyen dan memandang sinis wanita bertudung tetapi masih melanggar hukum agama. Bertudung sebenarnya bukanlah pendinding dari wanita membuat maksiat. Apa yang penting ialah keimanan dalam diri.

Fesyen tudung juga berubah dari zaman ke zaman. Pelbagai jenis tudung yang menjadi ikutan para wanita seperti tudung bawal, tudung Dato K, tudung Ekin, tudung Yuna, tudung awning la.. Yang untung ialah penjual tudung.

Trend wanita sekarang yang suka memakai tudung ala Arab Syria yang nampak cantik jika dipadankan sanggul tinggi. Katanya jika rambut pendek boleh beli ‘sanggul palsu’.

Namun begitu, jangan terperanjat ada hadis berkenaan dengan sanggul tinggi ni.








“ Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.”


Hadis di atas bukan sahaja berkenaan dengan sanggul tetapi juga berkenaan dengan fesyen perempuan zaman sekarang yang bertudung tetapi memakai baju yang singkat,jarang , nipis dan sendat. Bertudung tetapi memakai t’shirt lengan pendek, berbaju pendek sehingga nampak toot.

Kalau nak bertudung, ikutlah syariat. Cantik-cantik juga, tapi hukum jangan dilupa.


Kredti to Isuhangat



Petua: Steamed orange untuk batuk2

Steamed Orange for Cough
1. This method had been tested by many people. One of the best methods to stop cough.
2. Cut off the top part of the orange, put some salt into the orange, and put back the top part.
3. Steam it 10 minutes and eat all the fresh including the juice at the bottom of the bowl. Its taste sour and salty, good for cure.

Gambar Obama naik basikal

Salam semua.
Ini saya terjumpa pulak gambar Obama naik basikal
Macam pelik la plak die ni naik basikal..
hehehe...
(stail tulisan tibe2 ter"center" plak arini..hehe..)









: : S A K I T T E K A K : :




Uwaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrghhhhhhhhhhhhhhh.....
Sakit gile tekak arini.
Aduhhh....ade darah lak tu..ish2...sakitnye..batuk2..
Tahan je la..
Balik Melaka arini nnt, terus makan ubat batuk la..
*Sigh
Walaupun aku telah makan menatang niTapi stil batuk tak hengat punya!
Sabar yea...

15 November, 2010

S A K I T K E P A L A




























Sakit kepala dan nak demam~










K E M A T I A N

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat…

Tubuhku sejuk terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu.

yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan sebuah lori.

Dan darahku membasahi jalan..


Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat sesak menghimpit dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

“Mengucap sayang,,mengucap……..Asyhaduallailahaillallah.. …….” ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.

Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

“Bagaimana dengan keadaannya doktor?” Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.

“Tenat”,jawab doktor dengan ringkas.

“Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha”.

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah…..

Abang!! Bukakan mataku!!




Tapi mataku…….semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. “Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah.”Abangkah yang bersuara tu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

“Tekanan darahnya amat rendah”. sayup sayup kedengaran suara doktor.

Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu…..aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.



“Yassin…….”.

Bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut akan menjemputku! Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.

Aku di ambang sakaratul maut…… Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

“Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut”.Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.

“Panas,dahaga,haus,panas……..”.tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang,”Nenek…………”.

Mari cu… ikut nenek..

“Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini”.

“Ibu……”. Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.

” Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi…..”.

”Ayah…….kau datang ayah…….”.

“Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga”.

“Nenek….ibu…..ayah…….suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

“Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah…….”. Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang.”Mari ikut kami”. manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya”Mari ikut kami”.cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang .”Apa ini,apa ini?.

AKULAH SAKARATUL MAUT!!!

Jeritan yang paling menakutkan pernah aku dengar!! Allahhhhhhhhhhhhh, sakitnyaaaaa!!!

Tubuhku seakan ditarik dan gegendang telingaku pecah mengeluarkan nanah kuning pekat.

Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

“Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah…….”.Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.

Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun….

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. “Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya……”.

“Assalamualaikum……”. “Siapa yang memberi salam itu?”. “Aku”. “Kau siapa wahai pemuda???”. Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.

Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya……jijik,loya,aku rasa……..teramat loya melihatnya.
“Kau tak kenal aku?”. “Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini”. “Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari”. “Bohong!”.Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. “Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini”. “Akulah amalanmu yang keji……….”.

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat..Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

“Tolong….sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu……malu…..malu……!!!!!!”.



Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. “Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas….panas……..”.

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. “Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan”. Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku’,sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?”Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak”. “Al-Fatihah!”Kedengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?”. Nun jauh di sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku. “Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!”. Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. “Perlahan-lahan”,aku terdengar suara tok imam memberitahu.”Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!”.Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

“Tanah apa ini?”. “Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah”.

“Innalillahiwa innailaihi rajiuuun…….Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali”. Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.”Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar……..”.Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ……aku kini keseorangan.

“Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong!!!!




“Memadailah Kematian Sebagai Nasihat” Wallahualam..

Kredit to Blog Isuhangat