30 December, 2008

My gurl's favourite song


video

::My Dear::

Salam...
Hari2 aku lebih bermakna sekarang ni.hehe..
Aku happy sgt2 kerana telah memiliki hati "si dia"..
My dear, yang akan skalu i rindu dan ingat..


Nak dijadikan cerita, aku baru je balik dari KL malam tadi.
Pastu kene stay kt rumah sorang2 la plak..
Makanan pn tak ada.
So kena la pandai2 masak nasi kt dapur tu..

Aku pg ke KL aritu dengan 2 matlamat utama..
Yang paling utama adalah ingin berjumpe ehem2 la...
hehehe...my dear syg tu..
Dia turun KL untuk seminggu..
So aku pergi la bertemu dengan si ehem2 ni..
Shes so nice n comel sgt2..
aku happy dengan dia ni.
slalu buat ati aku gembira.
malah lupa dah dengan masalah2 lain..
si dia ni macam ada superpower yg boleh ubati masalah aku..

then kami pun jumpa la..
dah lama xjumpa,so rase rindu sgt2 la ek...hehe..
mmm...skali jumpa parents si dia skali.
nasib baik tak gugur jantung gua.
kene tanye macam2 soklan gua aritu..
tp alhamdulillah,parents si dia dah ok ngn gua..

then kami borak, tiba2 mama si dia cakap nk pg toilet..
so aku macam hormat la..
then pg lame sgt2,n si dia cakap mama dia bg masa bersama.
hehe..gumbiranya dalam ati..
kami pn berborak panjang...borak sampai nk snap gambar pun terlupa..
hehehe...

topik paling hangat time tu adalah GUGUR...
hehhee...hanya kami je yg tau GUGUR tu untuk apa..
jgn pikir bukan2 dah la yea..
then kami lepak kt lobby hotel tu sampai la mama dia ajak nk dinner..

mmmm....hepy sgt2 ngn si dia..
harap kami kekal selamanyer...


nureikmar.nazaahah
my dear..

16 December, 2008

C.I.N.T.A

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda
abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN,KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.
CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu."KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA. Lalu apa jawab KEKAYAAN, "Aduh! Maaf,CINTA!" kata KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu i! ni tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam.
CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya. "KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA. Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN.
"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA. Lalu apa jawab
KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor.Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN. CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku.
Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas, "Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CIN! TA. Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja... ", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya. CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?
Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sadar, bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu."Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran. "Sebab", kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu... ...

credited to: isuhangat.blogspot.com

14 December, 2008

Pergi wedding Emy...

Sebenarnyer bukan pergi wedding Emy la...
akak die yg kawen semalam...
semalam aku pergi umah die ngn family ayie..
segan gak la sbb pergi dengan family ayie kan..
hehehe...

tp aku kene gak pergi umah emy,sbb mber aku yg lain sume busy tak dapat attend wedding day akak Emy tu...
kesian kt Emy,tggu member2 datang..
hehe...

Firstly, aku nk ucap ribuan terima kasih kepada Emy sbb sudi jemput member2 rapat yg rapat la ni untuk hadir ke majlis ni...
Secondly, aku rase guilty giler2 kt Emy sbb tak dapat tolong dalam majlis ni..
yela, umah Emy tak macam jauh plak kan ngn umah aku...
susah gak la nk pergi sane ulang-alik...
tp aku harap Emy faham la ngn situasi kawan2..
eheheheh...

tengah aku lepak2 ngn member2 kt majlis tu, Mamat bukak cerita yg abang ipar Emy tu budak sekolah lame aku (RMC = Royal Military College)..
teruslah aku tanye brape umor brader tu..si mamat ni cakap umor die 26..so aku anggap die ni budak batch BRATS la..
hehe...dunia ni mmg btul2 kecik je la..
brader ni NAVY..dan ternyata betul bile aku tanye die ni OP ke...
hehe...
agak smart jugak la..
kt sini aku ade letakkan skali gambar2 untuk majlis tu..
tp gambar aku tak ade la plak.sbb asyik snap gambar orang je...hehehe....











12 December, 2008

Rekabentuk Kaabah..

Yellowstone National Park in America














Established in 1872, Yellowstone National Park is America's first national park. Located in Wyoming, Montana, and Idaho, it is home to a large variety of wildlife including grizzly bears, wolves, bison, and elk. Preserved within Yellowstone National Park are Old Faithful and a collection of the world's most extraordinary geysers and hot springs, and the Grand Canyon of the Yellowstone.



credited to: isuhangat.blogspot.com

22 tanda hari Kiamat semakin hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Wallahualam


credited to:isuhangat.blogspot.com

10 December, 2008

Bayangan rupa Rasulullah s.a.w....

MUHAMMAD MANUSIA AGUNG KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit. - Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca Warna
lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.



credited to: isuhangat.blogspot.com

08 December, 2008

emak...!

malam tadi seperti biasa...
aku tak boleh nk lelapkan mata sehinggalah aku terlena sendiri sekitar jam 4 pagi..
tak tahu kenapa dengan mata aku sekarang...
area pukul 4 barulah boleh lelap..
mungkin ni gejala aku slalu balik lewat kerana main futsal 2,3 ari ni kot..

malam td sebelum aku tido..
mak mengadu mabok n muntah...
aku urut mak aku macam biasa..
anak mithali la katekan...

aku nk ceritakan kt sini ialah..................
sedang aku urut2 n picit mak aku..
aku pegang tapak tangan mak aku..
dengan tetiba je aku macam tersentak dan berfikir...

"inilah tangan yg selalu masakkan untuk aku...tangan inilah yg telah dodoikan aku masa aku kecik dlu...tangan inilah yg besarkan aku...."
tangan mak aku ade kesan2 kunyit..mgkin sbb masak pagi td kot..biasalah orang kampung je...
aku macam tersentak...ni lah pertama kali aku lihat btul2 tapak tangan mak aku...
aku tgk btul2 setiap jari dan tapak tangan mak aku tu...
aku rase macam hiba n nk nangis je time tu..
teringat plak pada arwah ayah aku MUHAMAD BIN HUSIA..(al-fatihah)...
tangan ayah aku dlu...tak pernah aku tatap btul2 sehinggalah saat aku mandikan jenazah ayah aku tu..
aku lihat sepuasnyer muka dah wajah ayah aku...
jari jemari die aku gosok pelahan2..
aku syg ayah aku sgt2..
aku rindukan die...
rindu sangat2...

aku tatap btul2 tapak tangan mak aku...
inilah insan yg aku sayang kt dunia ni..
tak ade orang yg paling aku syg kecuali mak aku ni...
aku tatap btul2..
takut aku tak sempat macam aku lihat tapak tangan ayah aku dlu...

aku sedih malam td..
teringat mak aku sakit lg..
aku jd takut nk tido..
mak aku mabok...tak sure kenapa..
nk pergi kelinik,tp duit tak ada...
aku harus sabar sehingga aku dapat stabilkan diri dan senangkan mak aku nnt...
tp mmg aku terharu bile tgk tapak tangan mak aku semalam...

tangan yg dah besarkan aku sampai aku jd camni...


angah sayang sangat2 kt mak....!

kawan..............

mmmmmmmmmm.........

camne nk cakap ek...
aku amat2 tak faham arini...

salahkah aku untuk menggembirakan hati seorang kawan yg sedang terluka..?
adakah aku ni teruk sgt untuk gembirakan ati die...

even aku ni seorang kawan...
aku juz nk tgk kawan aku semua gembira...
aku tak nak dia bersedih sampai bila2..
aku tau masalah yang dia hadapi sekarang ni amat berat untuk dia terima..
tp berilah aku peluang untuk menggembirakan ati dia...
aku tak nak dia buat benda2 yg tak elok kalau dia dalam keadaan depressed sgt2...

kawan...
aku tak tahu ape yg perlu aku buat..
entah la..
mungkinkah aku ni "annoying her"..?
mungkin jugak maybe...



tu semua aku tak sure..
hanya dia je yang tau segalanya...

moga dia ok dan tenang hadapi masalah dia..
dan kadang2 aku takut untuk dekati dia macam dulu..


moga dia cepat abiskan buat repot dia dan lega untuk hadapai masa mendatang dia...
harap sgt2 dia tenang hadapi masalah tu...

amin.....


06 December, 2008

C I N T A

CINTA..???
ape itu cinta...?



mmmm....puas jugak aku cari sebenarnye ape itu cinta..
adakah cinta yg sejati tu, boleh pergi dengan begitu sahaja lepas kite break..
n janji2 yg pernah kite luahkan pada seseorang itu hanyalah mainan dan berjanji hanya semasa kita bercinta dengannya sahaja???


mmm......cinta??
amat susah kita nk mencari cinta yg sebenar..
dan amat susah untuk kita melupakan cinta yg telah lame terjalin antara 2 insan..
insan yang amat kite sayangi..

cinta tu amat abstrak..
kite tak boleh menilainya menggunakan alat dah tak boleh dilihat dengan mata kasar..
ia hanya boleh dilihat dengan mata hati yg tulus..

jika kita terpaksa untuk menunggu orang yang kita sayang tu..
kita tunggulah sehingga dia oergi kepada kita..
jika kita btul2 sayangkan die..
jika itu yg membuatkan benda yg kita tunggu tu tak sia2...

tp jika aku, aku akan tetap menunggu sehingga dia membenci diri aku..
dan dia telahpun mempunyai orang lain..
even she already have someone special in her life...
(english rojak)
.....


CINTA..................


03 December, 2008

Female's Brain....

Al-Quran PALSU...!

salam sejahtera kepada mulimin dan muslimat sekalian...
di sini saya ingin berkongsi kepada tuan2 semua berkenaan Al-Quran kita telah dipalsukan oleh orang-orang US dan diselewengkan ayat2nya..
menyatakan perkahwinan lebih dari seorang merupakan perbuatan ZINA..
dan syahid itu HARAM...

sila ikuti website Al-Quran PALSU ini...
klik link ini:

http://www.islam-exposed.org/furqan/contents.html

02 December, 2008

Sayangggg.......?

sayang....???
semua orang boleh sayang antara satu sama lain...
even dengan perkenalan yg sekejap pun kite boleh sayang dengan orang tu...
tp nape perlu ade perasaan sayang kt dalam diri kite ni.??
kadang2 menyayangi orang ni la yg membuatkan kite rase sakit dan happy..
macam2 boleh jadi dengan kite kalau kite terlalu sayangkan sesuatu...


even kite rela ditindas dan dicaci jika kita dah benar2 sygkan sesuatu tu..
mmmm.....
tp untuk menyayangi seseorang bukan mudah yang kite sangkakan..
ia amat2 susah dan sukar untuk kita menyayangi seseorang...
mungkin hanya kita yg menyayanginya, tp tidak si dia...

mungkin betul ape yg orang2 tua cakapkan..
bukan semua benda yg kita nk tu,kite boleh dapat...

bukan semua yg kita sayang,sayangkan kite..
orang yg kita sayang tak bererti kita menyintainya...
tapi orang yang kite cinta,sudah tentu kita menyayanginya kan...


aku suke dengan pepatah,
bukan semua yg kite nak,kita akan dapat...

sejak aku lahir hinggalah Allahyarham ayahku meninggal dunia pada 9 April 2008 lalu,
die amat menyayangi aku (tapi tak cintakan aku la..hehe..)
die amat memanjakan aku memandangkan aku merupakan anak tunggal lelakinya..
setiap ape yg aku mahukan,lambat atau cepat mesti dia belikan walupun dia hanya seorang jaga sekolah sahaja...

aku amat bertuah mempunyai ayah sepertinya..
ayah aku merupakan tempat aku bergurau senda dan menceritakan segala permasalahan walupun melibatkan kisah cinta..hehe..sporting la katekan..

tu la,ayah aku telah didik aku dari kecik..
dan aku mmg degil..
kalau nkkan sesuatu tu,sampai tuntut ape yg ayah aku janji nak berikan kepada aku..
mak aku paling marah la ngn ayah aku,cakap manjekan anak..
tp ayah aku manjekan jugak anak laki dia yg sorang ni..
sampai la dah besar, aku stil dimanjakan ayahku...

tp,dah besar ni la..
setelah aku tau kehidupan yg sebenar dan melalui kisah2 hidupku sendiri..
barulah aku tau..
bukan semua yg aku nk tu,akan dapat menjadi milikku...
bukan semua yg kite harapkan akan jadi milik kite..
termasuklah orang yg kita cinta dan sayang...

walalupun kita sayang setinggi langit pun,kalau dah takde jodoh kita ngn dia..
tak ke mana jugak kite akhirnye..
dah besar ni la baru aku tau,bagaimana perasaan orang yang tidak dapat sesuatu yang mereka hajati..
selama ni aku sentiasa dapat ape yg aku hajati..


tp tidak sekarang....
cinta dan sayang tidak boleh dipaksa2...
dan cinta dan sayang tidak boleh diminta2...
tu la benda yang aku mahukan........



ingatlah...bukan semua cinta dan sayang yang kita harapkan dari seseorang tu, kite akan dapat...

LOVE......

If you love someone bcoz you think that he/she is really gorgeous..
then it's not love... it's "Infatuation"
If you love someone bcoz you think that you shouldn't leave him bcoz others think that you shouldn't...
then it's not love... it's "Compromise"
If you love someone bcoz you think that you cannot live without his touch...
then it's not love... it's "Lust"
If you love someone bcoz you have been kissed by him...
then it's not love... it's "Inferiority Complex"
If you love someone bcoz you cannot leave him thinking that it would hurt his feelings...
then it's not love... it's "Charity"
If you love someone because you share everything with him...
then it's not love... it's "Friendship"
But...
If you feel the pain of the other person more than him even when he is stable and you cry for him...
that's "LOVE"
If you get attracted to other people but stay with him without any regrets...
that's "LOVE"
If you let him go knowing that he has to go but he doesn't want to...
that's "LOVE"

Anak babi meyerupai manusia

Kata-kata tersembunyi bagi perempuan

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira!
Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu