29 May, 2012

W E D D I N G paling banyak dalam sejarah

Time cuti sekolah ni, banyak pulak orang buat kerja kawen ni. Ramai sangat masalahnye. Aku terkejar2 pergi kenduri diorang ni. Aku cuma sempat pergi 3 buah rumah je. Yang lain2 tu aku tak berkesempatan nak jenguk pun. Antara alasannya adalah:
1- Rumah mereka jauh dari melaka sebab aku pentingkan rumah sahabat baik aku - Emy di Batu Pahat
2- Tiada alasan lain...hahaha...

Sebak jugak aku apabila aku hadir untuk upacara nikah si Emy hari tu. Masa Dilah kawen hari tu, sebak jugak. Mungkin setiap seorang sahabat aku yang berkahwin, aku akan rasa sebak? Amboi...drama sangat ko ni angin...hahaha..

Tapi memang akan ade perasaan sebak yang tak terhingga setiap kali sahabat aku kawen. Sedih, happy, malu pun ada kadang2 disebabkan aku tak kawen lagi.hahaha...bengong..
Di sini aku ada la letak gambar2 wedding yang aku hadiri hari tu.

1 - Emy

Majlis "batal air sembahyang"

Selapas Majlis Nikah

Pasangan Bahagia

25 May, 2012

P E N I N G

Aduhhhhh............

Kepala aku selalu pening la sejak dua menjak ni. Entah la...Mungkin disebabkan oleh sakit bahu aku ni kot. Salah urat ke apa ntah. Aku pn tak tahu apa yang sebenarnya yang berlaku... Kerja pun skarang ni makin berlambak2 untuk disiapkan la. Tapi meeting pun tak habis2... Nak kata aku ni orang penting, tak ada la pula aku ni bergaji besar ke ape. Ape2 je la wahai manusia. Tapi seriously, kepala aku memang pening walaupun aku sedang menulis artikel ini..(amboi...bukan main artikel lagi ko yea angin)hahaha...

K A H W I N:

Minggu ni ramai gile kawan2 aku kahwin. 1st kawan RMC aku bernama Rashid. Nasib baik la aku dah pergi ke rumah sebelah perempuannya pada minggu lepas, so minggu ni aku tak dapat dapat la datang minggu ni kt seremban. Maaf yea rashid, aku tak dapat datang ke rumah ko. Hehehe...


21 May, 2012

S T R E S S

Mmmmm....

Setiap kali aku stress, aku cuba untuk tenangkan hidup aku ni. Banyak sangat dugaan aku dalam hidup ni. Mungkin ade benda yang tak kena yang aku buat dalam hidup ni. Hahahaha...

Kawan....
Kalau kalau, aku tak reply mesej pun tak ada masalah apa2 kot. Kalau reply camne2 pun, still ok. Paling kuat pun die sound "apehal ko reply camni sengal?"...hahaha.. Tapi bile orang dah mula sound2 aku kalau aku reply hanya berkata  "Ok" sahaja.. Ini yang buat aku bengang. Suke hati aku la nk reply camne pun. Kang aku tak reply terus nanti baru tau. Atleast benda tu free. Lain la kalau benda tu sms ke, benda2 berbayar ke. Reply "Ok" tu dah kire ok la. Atleast aku respons dengan ape yang ko cakap tu. Aku senyap kang, ko cakap macam2 plak. Kadang2 aku kategorikan orang camni bangang je. Aku diam pun marah, aku taip "ok" je pun ko nk marah. Ape yang ko nk ni? Aduhhhhh....

Aku ade ramai kawan kot. Aku cuba anggap ko kawan rapat aku. Ko buat aku camni balik. Aku reply pun salah. Aku konfius la ape yang ko nk. Aku tak mesej kot lagi bagus. Diam buat bodo je lagi bagus aku rase.. Hahahaha...

Aku respect semuat kawan2 aku dan aku berharap aku boleh respect kau walaupun ko dah cakap aku macam2. Aku dalam meeting pn, aku reply mesej ko. Ade ko appreciate?hahaha...tak pernah hargai kot ape aku buat. Tolonglah tengok perangai kau tu dulu camne k. Jangan asyik nak salahkan orang je k.


18 May, 2012

Jenis Kawan

Mmmmmm....

Salam semua rakan2 yang membaca blog ni.

Hari ni aku rasa macam tak ada mood plak nk tulis apa2. Tapi aku cuba la untuk membuat satu tulisan tangan yang bermula dari hati yang terlah diilhamkan baru je sebentar tadi..hahaha..

Ada ramai jenis kawan kat dunia ni yang kita semua sedia maklum. Ada yang senonoh, buruk, bengong, gila2 dan macam2 la jenis kawan. Tapi bagi aku, ada cuma 2 jenis kawan yang aku boleh kategorikan dalam hidup aku.

1) Kategori Kawan Sejati
2) Kategori "Kawan"


"Kawan Sejati' ni aku boleh kategorikan sebagai kawan yang sanggup dengar masalah korang, dan cuba nasihatkan dan marah jika perlu. Kawan jenis ini amat jujur dalam persahabatan kerana dia bukan sahaja memuji dan menemani anda di kala anda senang, malah dia juga lah yang boleh memarahi anda dan menemani anda di kala anda sedang depress gile2. Kawan jenis ni memang susah nk develop dalam masa yang singkat kerana kita memerlukan masa yang agak lame untuk mengenali hati mereka. Tapi ada jugak kawan kategori ini yang kita boleh develop dalam masa tak sampai setahun pun perkenalan. Aku ada "kawan sejati" ni di Melaka. Merekalah tempat aku mengadu segala permasalahan dalm kehidupan aku. Mereka akan cuba memberikan nasihat dan marahkan aku kalau apa yang aku buat itu adalah salah. Mereka jujur walaupun kadang2 hati ni tidak dapat menerima nasihat yang mereka berikan. Bagi aku, mereka semua sayangkan aku. Sebab itulah dia nasihatkan aku dan marahkan aku dengan apa yang aku buat.
- Dilah
- Nawi
- Ebob
- Salim
- Emy
- Ayie
- Mamat
- Mamat Kecik
- Zamani
-Amir kotak

Dari kiri duduk : Dina (tunang n bakal isteri emy), Emy, Aku, Ayie, Mamat, Salim, Ebob, Dilah
Berdiri: Nawi, Amir kotak, Mamat kecik
This is my bestfren too.

Aku rasa aku seorang yang beruntung kerana mempunyai kawan macam diorang ni. Amik berat pasal aku walaupun dalam cara yang kasar kerana diorang cuba menyembunyikan "caring" diorang terhadap kawan2 mereka sebab mereka lelaki. Tapi aku tetap tahu yang mereka amat sayangkan antara kami semua. Macam aku sayangkan mereka. Mereka tidak mudah bosan dengan apa yang sorang tu buat. Paling tidak pun, dia akan sound direct je. hahahaha...



"Kawan" bersifat normal dan neutral. Hanya sebagai kawan kita di sepanjang kehidupan kita di kawasan itu ataupun kenalan biasa yang kita ada. Jika anda sakit pun, dia hanya cakap "ooo...sakit ke?jaga diri tu la k"... Thats it.! Nothing more. Mereka juga mempunyai " kawan sejati" mereka juga. Kawan yang mereka sayangi. Jadi tidak usahlah kita mengharapkan sesuatu yang WoW! daripada seorang "kawan". Adalah lebih baik jika anda mengadu kesakitan anda itu kepada Emak anda. Mungkin itu lebih berbaloi. Mungkin juga mereka menganggap kita sebagai batu di tepi jalan. Sudah tersepak, baru nampak kehadiran batu di tepi jalan tu. Itupun dikuis dan dimaki kerana berada di situ dan menyebabkan dia tersepak batu tu. Begitulah mungkin nasib sebagai seorang kawan. Bila ada kepentingan, barulah diri ini dipandang dan tercari2. Jika sedang senang dan berbunga, kawan inilah yang tidak akan dipandang langsung kecuali dia tersepak batu sekali lagi. Hahahahaha...

Kawan ni hanyalah sementara dan hanya boleh melihat kita bersedih dari jauh. Segala kesakitan kita tidak mungkin dapat ditanggung sama  oleh mereka kerana mereka adalah "kawan". Berlainan dengan "kawan sejati" tadi.

Tersepak batu = Teringat kawan
"Kawan" = Batu



hahahaha....
Harap2 adalah orang yang terasa. Tp bukan ramai pun yang baca blog aku ni.
Huahuahuahua...berangan lebih boleh?

16 May, 2012

Visual Studio 2010 Demo

hahahahahaha..... Kerja aku la ni.

Boleh tak kalau aku cakap, aku tak nak dah fikir pasal coding2 ni? Aku tak faham dan tak mahir pun dalam coding2 ni. Please la, aku nk tukar jobscope aku, aku tak reti buat menatang ni semua..
aaarghhhhh.....aku stress buat benda yg aku tak tau nk buat ni..

hahahaha... Amik ni.
Microsoft Presentation
Muka ketat tengah ala "fokus" dengar presentation

Yang ni, bajet lebih je buat keje. Muka ketat. Aku plak, update blog..hahahaha...
Sekian.

Bahu Kiri "Tercabut"

Hahahaha.... Tajuk dah macam mencapap (mencari publisiti) gile. Biasalah, memang aku jenis camni. Attention seeker bak kata member aku bernama Hadli Hafizul. Hahahaha... Tak pernah pulak aku kena injury kat bahu ni. 1st time aku kena benda yang berat camni selama aku bermain sukan lembut ini (ragbi). 
Sebelum ni, tulang jari aku je yang terkeluar. Tapi lain pula yang jadi pada kali ni. Mahu dengar celoteh aku lagi? Sila kelik more yea..hahahaha....

11 May, 2012

K A W A N

Hehehehe....

Aku sebenarnya tak tahu nak tulis pasal apa untuk hari ni. Tapi memandangkan aku punya ramai kawan, so aku menulis la blog ni berdasarkan kawan2 aku. Aku memang sangat mementingkan kawan2 aku. Diorang adalah segalanya bagi aku, selain dari family aku sendiri. Aku tiada sape2 di kota metropolitan ni. Tiada orang yang boleh mendengar perit jerih aku sepanjang aku berada di kota ni. Hanya kawan yang sudi dan setia mendengar apa yang aku ceritakan....(sambung baca lagi dengan nada sedih k)hehe..