16 May, 2012

Bahu Kiri "Tercabut"

Hahahaha.... Tajuk dah macam mencapap (mencari publisiti) gile. Biasalah, memang aku jenis camni. Attention seeker bak kata member aku bernama Hadli Hafizul. Hahahaha... Tak pernah pulak aku kena injury kat bahu ni. 1st time aku kena benda yang berat camni selama aku bermain sukan lembut ini (ragbi). 
Sebelum ni, tulang jari aku je yang terkeluar. Tapi lain pula yang jadi pada kali ni. Mahu dengar celoteh aku lagi? Sila kelik more yea..hahahaha....
(so boleh dah baca yang berikutnya ni).

Sabtu lepas, aku pergi la main ragbi kat Putrajaya bersama Team Raccon RC yang aku join sejak tahun 2008 lagi. Di pagi yang hening, aku bangun seawal 6.30 pagi (awal la sebab aku tak tido balik lepas subuh dan ia adalah weekend!)hahaha... Aku mula membuat persiapan untuk ke perlawanan Racoon vs Jenoba di padang Alamanda Putrajaya. Aku punya la bersemangat sebab baru beli base layer dari kawan aku (mohd Bo name diberi). Rasa macam artis je main kalau pakai base layer ni. Banyak sangat accessories aku ni. Dengan glove la, boot mizuno kuning menyala la, seluar yang style la.. macam2...hahaha...
Aduhhh...Banyak pulak aku membebel ni.


Dijadikan cerita aku lawan Jenoba pada hari tu... 1st half, team aku ketinggalan 12 - 5.. Masuk je 2nd half, aku kena tackle dengan sorang mamat ni. Tackle die tak de la solid mane pun. Tapi aku rase die tackle skali dengan tangan aku dan tangan aku ternaik ke atas. hahahaha... Aku jatuh rileks je.. Terus tunduk dan aaaargghhh..... Tangan aku xleh nk gerak.. Rase sengal dan bisa menyelubungi hari2ku...(huahuahua..ayat bukan main...) Terus aku mintak keluar.. Tak tahan dengan kesakitan itu.

Team Medik kat tepi padang tu terus cek aku dan suruh gerak2kan tangan, dan dia cakap "Ni tiada sebarang dislocation ni...juz muscle strain atau muscle tear"... aku lega...tp mmg sakit nk mati boleh?hahaha...

Tangan aku sampai hari ni xleh nk gerak betul lagi.
Ok, aku dah ikut apa yang kawan aku suruh buat. Die ni bising je kalau aku xpergi jumpe doktor. Katanya aku ni degil, dah sakit pn degil xnk jumpa doktor. Tapi kawan aku tu busy sikit skarang ni, ada exam n study katanya..hahahaha... (bajet fokus la tu...)
Ubat-ubatan
Aku dah jumpa doktor dan doktor bagi aku ubat "Sakit Otot", "Panaflex Extra" dan ubat "Sakit"...hahaha...

Maaf, bilik berselerak. Tangan sebelah kiri yea tu, bukan tangan kanan.

No comments:

Post a Comment