12 October, 2012

Galaxy Note II

Wow....

Dah lama sangat aku tak update blog ni. Last aku update pun aku tak tahu bila. So sekarang ni aku tiba2 terasa nak update blog yang aku rase dah agak bersawang dengan labah2 dan sebagainya...hahahaha....

Tengok tajuk pun dah tahu apa yang aku nak tulis ni. Kisah ini tiada bersangkutan sangat dengan tajuk, tapi sedikit sebanyak adalah berkisar tentang tajuk tu jugak. Aku dah lama gila pakai Samsung Galaxy S2 ni (ada la dalam setahun 3 bulan kot). Kira lama la tu kan??hahaha... Mmmm.... Sejak dua menjak ni alhamdulillah la. Kehidupan aku semakin lapang dengan rezeki yang mula menampakkan susuk tubuhnya. Alhamdulillah sekali lagi. Semua ni berkat doa mak aku siang dan malam yang inginkan anak lakinya sorang ni berjaya. Amin. Moga mak sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki lagi mak. Angah ada mak sorang je kt dunia ni..hehehe...

Dalam masa sebelum raya sehinggalah sekarang ni, banyak benda aku dah lalui. Puasa, dapat moto baru, raya, 1st time bagi budak2 duit raya, beli barang2 motor, macam2 sangat aku dah lakukan. Kalau nak aku tuliskan kat sini memang banyak sangat la. hahaha... So aku malas nak cakap banyak la. Terus ke tajuk utama iaitu GALAXY NOTE 2 .....Aku geram gile dengan menatang ni. Ish2..Aku dalam dilema ni, samada aku nak beli ataupun tidak.. Adoi laaaa.....aaaaaargghhhh....

Video ni la yang buat aku gile... Siot la dunia ni.. Ada plak gadget yang inginku beli di dunia ni. Kalau tak ada gadget kan bagus. tak perlu la aku membazir duit kt gadget ni..hahahaha...



Ni pulak perbezaan di antara Galaxy Note dan Galaxy Note 2


Selamat teracun oleh aku yang sangat sukakan menatang ni

No comments:

Post a Comment