18 May, 2012

Jenis Kawan

Mmmmmm....

Salam semua rakan2 yang membaca blog ni.

Hari ni aku rasa macam tak ada mood plak nk tulis apa2. Tapi aku cuba la untuk membuat satu tulisan tangan yang bermula dari hati yang terlah diilhamkan baru je sebentar tadi..hahaha..

Ada ramai jenis kawan kat dunia ni yang kita semua sedia maklum. Ada yang senonoh, buruk, bengong, gila2 dan macam2 la jenis kawan. Tapi bagi aku, ada cuma 2 jenis kawan yang aku boleh kategorikan dalam hidup aku.

1) Kategori Kawan Sejati
2) Kategori "Kawan"


"Kawan Sejati' ni aku boleh kategorikan sebagai kawan yang sanggup dengar masalah korang, dan cuba nasihatkan dan marah jika perlu. Kawan jenis ini amat jujur dalam persahabatan kerana dia bukan sahaja memuji dan menemani anda di kala anda senang, malah dia juga lah yang boleh memarahi anda dan menemani anda di kala anda sedang depress gile2. Kawan jenis ni memang susah nk develop dalam masa yang singkat kerana kita memerlukan masa yang agak lame untuk mengenali hati mereka. Tapi ada jugak kawan kategori ini yang kita boleh develop dalam masa tak sampai setahun pun perkenalan. Aku ada "kawan sejati" ni di Melaka. Merekalah tempat aku mengadu segala permasalahan dalm kehidupan aku. Mereka akan cuba memberikan nasihat dan marahkan aku kalau apa yang aku buat itu adalah salah. Mereka jujur walaupun kadang2 hati ni tidak dapat menerima nasihat yang mereka berikan. Bagi aku, mereka semua sayangkan aku. Sebab itulah dia nasihatkan aku dan marahkan aku dengan apa yang aku buat.
- Dilah
- Nawi
- Ebob
- Salim
- Emy
- Ayie
- Mamat
- Mamat Kecik
- Zamani
-Amir kotak

Dari kiri duduk : Dina (tunang n bakal isteri emy), Emy, Aku, Ayie, Mamat, Salim, Ebob, Dilah
Berdiri: Nawi, Amir kotak, Mamat kecik
This is my bestfren too.

Aku rasa aku seorang yang beruntung kerana mempunyai kawan macam diorang ni. Amik berat pasal aku walaupun dalam cara yang kasar kerana diorang cuba menyembunyikan "caring" diorang terhadap kawan2 mereka sebab mereka lelaki. Tapi aku tetap tahu yang mereka amat sayangkan antara kami semua. Macam aku sayangkan mereka. Mereka tidak mudah bosan dengan apa yang sorang tu buat. Paling tidak pun, dia akan sound direct je. hahahaha...



"Kawan" bersifat normal dan neutral. Hanya sebagai kawan kita di sepanjang kehidupan kita di kawasan itu ataupun kenalan biasa yang kita ada. Jika anda sakit pun, dia hanya cakap "ooo...sakit ke?jaga diri tu la k"... Thats it.! Nothing more. Mereka juga mempunyai " kawan sejati" mereka juga. Kawan yang mereka sayangi. Jadi tidak usahlah kita mengharapkan sesuatu yang WoW! daripada seorang "kawan". Adalah lebih baik jika anda mengadu kesakitan anda itu kepada Emak anda. Mungkin itu lebih berbaloi. Mungkin juga mereka menganggap kita sebagai batu di tepi jalan. Sudah tersepak, baru nampak kehadiran batu di tepi jalan tu. Itupun dikuis dan dimaki kerana berada di situ dan menyebabkan dia tersepak batu tu. Begitulah mungkin nasib sebagai seorang kawan. Bila ada kepentingan, barulah diri ini dipandang dan tercari2. Jika sedang senang dan berbunga, kawan inilah yang tidak akan dipandang langsung kecuali dia tersepak batu sekali lagi. Hahahahaha...

Kawan ni hanyalah sementara dan hanya boleh melihat kita bersedih dari jauh. Segala kesakitan kita tidak mungkin dapat ditanggung sama  oleh mereka kerana mereka adalah "kawan". Berlainan dengan "kawan sejati" tadi.

Tersepak batu = Teringat kawan
"Kawan" = Batu



hahahaha....
Harap2 adalah orang yang terasa. Tp bukan ramai pun yang baca blog aku ni.
Huahuahuahua...berangan lebih boleh?

2 comments:

  1. mmg berangan pun......ape2 pun, dlm mase senang, jgn lupe kwn2 sejati yang ada di sisi.....kite sebagai manusia senang lupekan jasa seorang kwn ke sahabat. ape2 pun baek berpada2 buat jahat jgn sekali. maaf tu adalah cara yang terbaik. insyaAllah baek budi diingati hehehe.

    ReplyDelete
  2. memang selalu ingatkan kawan2 sendiri...kawan2lah tempat untuk luahkan apa2..kawan2 jugak yang kita cari di kala susah dan senang...girlfriend?dah putus....terus lepaskan je..xpernah fikir perasaan orang pn..

    ReplyDelete