08 November, 2012

A B A H

Abah....

Angah rindukan abah sangat2. Angah tahu yang angah banyak buat salah dengan abah. Selalu paksa2 abah untuk belikan angah apa2. Tapi abah tetap penuhi semua permintaan angah. Angah terlalu sayangkan abah dan rindukan abah tika ini. Angah nak balas semua jasa abah, tapi angah tak sempat buat semua tu masa abag ada. Angah gagal nak penuhi hasrat abah sebelum abah "pergi" jauh.

Ayat terakhir yang angah sentiasa ingat, insyaAllah sampai nyawa dikandung badan adalah "Angah, angah kawen la cepat...abah takut tak sempat nak tengok angah kawen tu...gunalah duit mak dulu...nanti angah bayar balik k"...


Terlalu sedih...tak boleh nak fikir banyak..thanks abah kerana memberikan angah ilmu hingga menjadi manusia sekarang ni.

Al-fatihah
Amin.

No comments:

Post a Comment