20 June, 2013

Original Perfume Yang Amat Murah (Acqua di gio, Dunhill, Armani dan sebagainya)


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di sini saya ingin menjual perfume original tetapi ada defect dari segi packaging. Anda akan dapat perfume anda dalam bentuk botol perfume+beg kain baldu seperti gambar di bawah ini. In shaa Allah semua perfume ini adalah original dan asli, cuma packaging yang teruk. so diorang ni jual murah2 untuk dapatkan balik modal diorang.

botol+kain baldu

30 January, 2013

Institut Jantung Negara

30hb Januari, mak pergi buat checkup lagi di sini. Tak tahu aoa yang doktor akan beritahu jap la sebelum ambil ubat. Darah tinggi dah kurang, cuma glucose dalam darah je yang tinggi sangat buat masa sekarang ni. Tak tahu nak nasihatkan macam mane dah. Maklum la, degil orang tua ni lain sikit..hahaha..

29 January, 2013

Harijadi Abah

Harini genap umur abah 68 tahun jika beliau masih di dunia nyata lagi. Dia telahpun ke "dunia" sana yang kekal abadi. Moga roh abah tenang di sisi orang2 yang beriman. Selamat hari jadi, abah. Angah sayang sangat kat abah.  Al-fatihah.

Bas Transnasional

Menggamit kenangan sangat la bile naik bas transnasional ni. Lama sangat dah tak naik bas. Rasanya sejak angen beli kereta sendiri. Alhamdulillah,dah jauh perjalanan hidup angen ni sebenarnya. Dari sekolah RMC, ke Matrix Johor, sehinggalah ke UMS Sabah, angen sentiasa naik bas. Mak abah tak mampu mempunyai kereta sendiri. Hanya angen la yang membina kehidupan mak dan abah (tapi tak sempat beri abah apa2)...alfatihah untu arwah abah.. Angen bersyukur dapat mak dan abah yang telah memberikan angen pelajaran yang berguna hingga akhir hayat angah. Terima kasih mak, abah. Angah sayang kamu...

28 December, 2012

SUPERDUKEMAN (KTM Duke 200)

Just nak share sikit pasal motor angen yang dah modified.
Hehehe... Masih banyak lagi yang perlu aku perbaiki dari segi appearance motor aangen ni.
Harap korang suka la dengan gambar motor angen ni.

Konsep: Superman, Komik, Logo Superman

Wow!lawanya motor ni.. (uit..puji diri sendiri plak)hahaha...

12 December, 2012

Pau Yik Mun, Tanjung Malim

As salam semua......

Berkongsi itu sweet. Hahaha... Pening kepala aku sebenarnya memikirkan perangai aku yang bengong ni. Semua orang pun pening melayan karenah aku ni.

Jom, aku nak kongsikan apa yang aku buat weekend aritu. Guess what? Aku pergi Tanjung Malim semata-mata untuk makan Pau Yik Mun dan Mee Kicap. Hahaha...

Dah la, malas aku nak membebel panjang.. Meh sini aku letak gambar2 aku masa pergi kat sane.

Aku bedal 6 ketul pau boleh?hahaha..

Mee kicap.. Berkicap bhai

Close-up Mee Kicap

05 December, 2012

My Baby DuDu (KTM Duke 200)

Hye dan Salam semua.....


Agak lama juga aku dah tak update blog ni. Dah bersawang agaknya kalau dikategorikan blog ni sebagai rumah. Apa2 pun aku just nak share dengan hobi dan minat aku terhadap bidang permotoran. Aku ada motor KTM DUKE 200 SAHAJA. Bukan la seperti orang2 lain yang ada superbike dan berbagai jenis bike. Aku pun suke "modify" benda2 motor ni seperti kereta aku dulu2 (si DiDie). Motor aku ni pulak aku catkan putih sama dengan akak dia (DiDie), so xde la adik (DuDue) ni merajuk sebab tak sama dengan akak dia tu.

Decal
Aku baru je selesai tampal decal untuk motor aku ni, petang ni pulak nak hanta ke kedai cat untuk cat frame dan rim. Harap2 motor aku jadi cantik la lepas ni. Hehehe...

Sedikit maklumat tentang kedai yang aku buat decal ni. Decal yang kedai buat ni memang superb beb!

Description tentang kedai dia:

+ Greeting and welcome, we are Extreme Dirt Terror!

Specialized in custom graphic, decals, sticker for motocross, supermoto, sport bike, car, shirt and merchandise

+ How it works ::

Full custom design - call up/ email we can discuss further regarding the design and there will be no mass production for custom design
Semi custom design - just browse on the ready stock design, add some logo or maybe some minor changes here and there.. then walla your design are ready to print out, semi custom will be printed for limited unit only

+ Sticker price ::

Full custom design (depends on design)
- KLX150 - RM220++
- D-tracker/KLX250 - RM300++
- BKZ TT - RM300++
- Nimota Ranger X - RM280++
- Demak DTM -RM280++

Semi custom
- KLX150 - RM170
- D-Tracker - RM220
- BKZ TT - RM220
- Nimota Ranger X - RM220
- Demak DTM - RM220
- MLE XTM/ XTR - RM220

** other model depends on size

+ Sticker material ::
All sticker are printed on outdoor vinyl
gloss or matte laminated
machine pre-cut for an exact fit

+ courier service provided across Malaysia


Ni ada la sedikit gambar yang aku nak belanja korang untuk tengok dan kongsi idea bersama. Hehehe...

Superman beraksi


29 November, 2012

Riding to Genting with SGDukers



Adskl dan Jin Noty (SGDukers)


Muka orang kena gari malam nanti. Haha
Ride pergi genting memang syok wooo. Tapi ada benda yang tak berapa nak syok iaitu HUJAN. Punya la ramai budak2 Duke 200 yang naik genting aritu. Hampir 50 buah motor yang naik hari itu.


ICON Airframe Construct


Memang menarik kalbu


Yang mana satu idaman kalbu ni?
Mahal sangat la helmet ni.
Adoi laaa....

13 November, 2012

S E P I

Aku terasa benda tak lagi seperti dulu. Aku memang tak pernah membahagiakan dia. Jadi diri aku ini tidak lagi relevan untuk dirinya kerana dia berhak untuk mencari kebahagian hidupnya sendiri. Aku juga rasa sebegitu dan tidak lagi boleh membahagialan dia. Jadi aku harus nekad untuk tidak bersamanya lagi.

Sayang?
Hanya sekadar sayang, ia tidak cukup untuk membahagiakan dia hingga ke hari tua. Ia memerlukan kesefahaman dan kepercayaan untuk mengikat hubungan kasih hingga ke "sana". Bukan mudah untuk mengungkapkan ketidaksayangan aku kepadanya. Tapi ini semua untuk kebahagiaan masing-masing. Aku perlu undurkan diri untuk melihat dia dan diriku.

Nukilan pilu di subuh hari,
Angen

09 November, 2012

K E S I A N

Kesian.....

Mak selalu cakap..."kesian kat dia ngah...dia tu baik orangnya..tapi ikut angah la...angah yang nak hidup dengan dia..." 

Aku konfius.....

08 November, 2012

L E P A S K A N


Ku jadi tidak tentu arah, entah apa yang ku kuatiri
Sejak terjadi cerita itu. cerita itu
Makan minum ku dh tak terjga
Asyik memikirkan tentang kamu

Mungkinkah benar mengapa ku tidak menyedari
Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah
Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama,
Dalam hidupku oh setiap hari yang kita pasti ada masalah, dengannya
Ku jadi tidak tentu arah, entah apa yang ku kuatiri
Sejak terjadi cerita itu. cerita itu
Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah
Lepasknlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari yang kita pasti ada masalah, dengannya

A B A H

Abah....

Angah rindukan abah sangat2. Angah tahu yang angah banyak buat salah dengan abah. Selalu paksa2 abah untuk belikan angah apa2. Tapi abah tetap penuhi semua permintaan angah. Angah terlalu sayangkan abah dan rindukan abah tika ini. Angah nak balas semua jasa abah, tapi angah tak sempat buat semua tu masa abag ada. Angah gagal nak penuhi hasrat abah sebelum abah "pergi" jauh.

Ayat terakhir yang angah sentiasa ingat, insyaAllah sampai nyawa dikandung badan adalah "Angah, angah kawen la cepat...abah takut tak sempat nak tengok angah kawen tu...gunalah duit mak dulu...nanti angah bayar balik k"...


Terlalu sedih...tak boleh nak fikir banyak..thanks abah kerana memberikan angah ilmu hingga menjadi manusia sekarang ni.

Al-fatihah
Amin.

06 November, 2012

C U B A





Cuba.....

Telah banyak benda aku cuba untuk berubah. Tapi satu benda pun kau tak nampak apa yang cuba untuk aku ubah. Yang kau tahu cuma keburukan aku dan segala rasa ketidakselamatan (insecure) kau sahaja. Tapi perasaan aku ada kau fikir? Aku rasa kau tak pernah nak fikir tentang apa yang aku rasa. Yang kau tahu cuma perasaan kau yang kononnya terlalu sayangkan aku sehingga kau buat aku sedemikian rupa. Apa yang kau nak daripada diri aku? Kau terlalu kerap mengungkapkan perpisahan, dan dengan senangnya kau baik semula denganku. Tapi bila aku yang putuskan sebegitu, kau seolah-olah menidakkan keputusan aku. Kau living in denial. Kau cakpa yang kau sayangkan aku, tapi hakikatnya tidak. Kau terlalu mengongkong dah sentiasa mengungkapkan kata perpisahan dalam setiap pertelingkahan kita. Tidak pernah sekali kau berada dalam keadaan yang rasional dan memikirkannya terlebih dahulu. Yang kau tahu cuma perasaan marah kau sahaja. Perasaan aku yang perlu aku tanggung sendiri.

Segala apa yang kau buat, semuanya benar belaka. Setiap apa yang aku cuba buat, semuanya salah. Kau yang mahukan perpisahan. Kau yang beriya-iya mahukan benda tu. Aku tak sanggup melihat kau derita kerana tidak dapat "perpisahan" itu dari aku. Bila aku memberikan "benda" (perpisahan) kepada kau, kau seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan.

Dulu pernah aku balik semula kepada diri kau. Tapi pada suatu ketika itu, kita tidak sependapat dan bergaduh. kau mengungkapkan kata "i menyesal kerana terima u semua...sebab perangai u macam ni n tak pernah berubah" .... Aku sebagai lelaki juga mempunyai ego untuk aku simpan dalam diri ini. Kalau kau sebagai wanita telah mempermainkan ego aku, dan membodohkan eog aku sebegitu rupa....bagaimana perlu aku hormat kau di kemudian hari???

Aku rendahkan ego aku dengan kembali dan ingin bersama kau semula. Tapi ayat itu yang kau terlah beikan kepada aku. Aku redha dan tau tahu apa yang perlu aku buat lagi.

Jika kau inginkan kebahagian, aku rela lepaskan kau. Kerana kau TIDAK PERNAH berasa gembira bersama denganku. TIDAK PERNAH SEKALI kau berasa GEMBIRA dengan diri aku ni. Dan aku TAK BOLEH membuat diri kau BAHAGIA.

Kalau kau membaca coretan hina ini. Aku harap kau dapat mengerti tentang apa yang aku rasa. Aku tidak mahu BLAME siapa2 di dalam hal ini. Saya inginkan dirimu bahagia dan kamu tidak boleh bahagia dengan saya sekarang ini. Kerana setiap apa yang saya buat, kamu tidak mempercayainya.

Sayang?

03 November, 2012

SKINS A400

SKINS A400


Hehehehe....

Akhirnya dapat jugak aku beli menatang ni. 

Hahahahaha.... 

Benda yang sangat2 aku idamkan selama ini

B E B A S


Kebebasan.....

Semua orang pun mahukan kebebasan. Tidak kira la samada bebas beragama, bebas dari jajahan atau apa2 jua jenis kebebasa. Tapi aku macam sukar untuk dapatkan kebebasan hidup ni. Semua benda aku ada limit. Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan buat masa sekarang ni. Semuanya dalam keadaan serabut. Aku nak fokus pada diri aku sahaja. Setiap apa yang aku buat semua tidak dapat membahagiakan orang. Aku tahu bahawa diri aku ni jahat, tapi perlukan aku dihukum dengan ketidakadilan semua ni?

Aku hilang punca. Apa yang perlu aku buat? Hehehe... Sit back and relax. Banyak sangat benda yang menghalang aku untuk terus sayangkan orang tu. Banyak sangat yang aku fikirkan. Keluarga, duit, ekonomi, pekerjaan, dan yang paling penting perangainya selepas berkahwin nanti. Adakah dia boleh terima aku dengan perangai aku sekarang ni? Perangai aku sekarang ni pun dia masih tak boleh untuk tahan, bagaimana kalau nak tahan selepas kahwin nanti? Aku tak tahu apa yang perlu aku buat. Serius aku tak tahu. Aku cuma berharap jodoh tu ditentukan segera agar aku dapat tahu siapa bakal bini aku di masa depan.

Firman - Kehilangan Lirik


Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku
Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila