04 February, 2009

::: KENALI POKOK GHARQAD YANG MEMBANTU YAHUDI:::



















Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam
Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: " *Tidak akan berlaku kiamat
sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka
pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga
apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan
pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di
belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang
tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi *".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir
kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan
berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat
membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung
di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan
izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang
berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan
akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat
menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu
persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna
bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam
dan kebenaran hadis nabi saw....*****a keegoaan dan sikap bongkak mereka
menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha
memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment