hehehehe...mesti ada orang yang akan ketawa bila diri aku yg gile2 ni mengutarakan isu2 CINTA ni. dan ada pula kadang2 yg geli bila lihat perkataan CINTA ni...
Entah la, aku mungkin seorang lelaki yang mungkin setia pada CINTA...maybe ungkapa yg korang dengar ni mmg menggelikan,tp tu mmg hakikat diri aku sebenarnya. Aku dah sedar dengan diri aku sebenarnya bahawa aku sebenarnya memang terikat dan setia dengan CINTA even aku ni merupakan seorang yg gile.
Banyak masalah juga boleh mengundang dalam erti CINTA. Kadang kala kita tidak sedar bahawa kita sebenarnya telah jauh dibawa oleh CINTA dan telah banyak mengabaikan tanggungjawab kite sebagai seorang kawan misalnya.
Aku merupakan antara golongan yg setia pada CINTA. Itu mungkin aku dapat melihat sendiri betapa aku sayangkan seseorang tu. Tp bila CINTA itu mula dikecewakan, ia amat sakit untuk kite sembuh dan ia memerlukan masa untuk kita tempuhi segala kesakitan itu. Hanya yg mampu aku buat adalah hanya menderita seorang diri tanpa ada orang yg dapat membantu aku kecuali diri aku sendiri.
KECEWA???
Banyak gak maksud dengan KECEWA ni.. Kecewa bukan saje dalam erti kata putus cinta,tapi mungkin kecewa dengan sikap pasangan anda. Anda mungkin kecewa kerana anda tidak berpuas hati dengan apa yg telah pasangan anda luahkan segala kasih sayangnya terhadap anda. Dan mungkin anda berasa kecewa kerana sebab2 tertentu yg mungki orang lain tak boleh tahu melainkan anda berdua sahaja. Terlalu sakit kalau dikecewakan ni.. Ia pernah pun terjadi pada aku suatu masa ketika dulu, tp aku tidak mengambil hal itu sebagai pengajaran. Entah kenapa aku camni pn aku tak tau..hahahaha...
Diabaikan.....
Aku sering rase diabaikan oleh "certain2" orang kadang kala. Tp aku akan cuba untuk tidak mengambil kisah dengan ape yang orang tu buat pada aku. TETAPI apabila kes "diabaikan" oleh pasangan kita sendiri, kita akan rasa seperti sangat2 sakit berbanding dengan sakit2 yg telah pernah aku rase contohnya sakit perut, sakit mata, sakit gigi, mak aku sakit, dan penyakit berjangkit..haha... Bukan aku nak kata aku telah diabaikan, tetapi kadang kala aku kesian apabila melihat pasangan yg diabaikan oleh pasangan mereka sendiri. Contoh diabaikan dalam konteks yg aku ceritakn ni adalah macam tidak boleh berbincang kita perselisihan faham berlaku. Kadang kala, pasangan mereka tidak mahu berbincang dan bersikap "mengabaikan" pasangannya yg sedang marah. Hal ini berlaku mungkin kerana pasangan yg lg satu itu berasa kurang selesa atau ingin meredakan keadaan ataupun ingin bersikap tidak ambil peduli.
Aku cuma kesian pada pasangan yg dikategorikan di dalam tidak diambil peduli ni. Mungkin pasangan yg tidak diambil peduli ni akan berasa sangat bodoh kerana dia seolah2 seperti tidak dihiraukan oleh pasangannya. Dia akan berasa amat tertekan dan kecewa kerana tidak diendahkan semasa dia mengalami tekanan perasaan atau marah ketika itu. Dia ingin berbincang, tetapi tidak diendahkan dan telah diabaikan oleh pasangannya..haha...
Tetapi walauapapun yg telah berlaku. Itu tetap menjadi asam garam dalam bercinta. Diharapkan semua asam garam ini disebatikan lalu akan menjadi "SEBUAH IKATAN" yg kekal abadi sampai akhir hayat nanti.
InsyaAllah..Amin...
No comments:
Post a Comment