23 December, 2010

2nd Anniversary 2010 (16th December 2010)

Salam semua.
17hb - 19hb Disember haritu aku pergi berjumpa dengan si kenit di Singapore.
Aku dan si dia nak celebrate 2nd Anniversary la lebih kurang camtu. Firstly, aku sampai Singapore lambat dan kesian tengok muka si kenit ni muncung panjang sampai boleh buat ikat riben..hehehe...(sori my dear)..

Lepas aku sampai dan ambil dia di Couseway Point, aku terus gerak pergi makan mee rebus di P&Z Mee rebus. Lazat dan enak berkrim.. Tapi rasa mee rebus di Singapore ni ada beza sikit berbanding dengan mee rebus di Melaka. Rasa dia ada macam mee Jawa pun ada..Manis2 camtu la rasanya. Ok, lepas dah melantak semua, aku dan kenit ni terus cari hotel untuk lepak selama 2 malam...WOW!!! Semua hotel fully booked and Congrates to u angen...hahaha...Sapa suruh tak book awal2...Cari punye cari hotel di sekitar Bugis, dapat la jumpa satu hotel ni..dan terus stay sana dengan harga $258..terus kopak duit aku beb...hahahaha..Tak ape la,sekali sekala je...


Dapat je hotel aku terus hantar si kenit ni ke Tampines. 1st Time aku naik MRT kat Singapore ni. Ape yang aku boleh kata, MRT dia lebih luas dan panjang. Hehe. Memang panjang gaban la. Stesen dia pun agak high tech jugak la kalau nak compare dengan Malaysia. Ada 3 storey bawah tanah untuk naik tren diorang ni. Escalator plak gaban punye laju. hahaha.... Dah2.. Lepas hantar dia dan berjanji untuk jumpa di tempak letak basikal di MRT Station Tampines. So, aku pun terus pulang ke hotel di Station Bugis.

Perut dah kenyang, hotel dah ade, katil dah tunggu....Apa lagi nak ditunggu lagi..Terus aku landing hingga esok pagiHabis untuk hari pertama aku di Kota Singa ini..Bye2..ini ada gambar untuk korang tatap la yea..








No comments:

Post a Comment