02 June, 2008

kepada sesiapa yg kehilangan handphone...

Jangan berikan peluang kepada mereka
yang mencuri telefon bimbit anda
daripada menggunakannya. Jadikan ia
tidak berguna supaya ia tidak lagi
boleh dijual kepada orang lain.

Caranya mudah. Setiap telefon bimbit
mempunyai nombor siri IMEI yang
tersendiri. Anda hanya perlu
mengetahuinya dan menyimpan
catatannya.

Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini,
tekan simbol dan nombor berikut :-

* # 0 6 #

tanpa ruang kosong. (star hash kosong
enam hash)

Nombor yang ditayangkan adalah 15
digit nombor yang unik bagi setiap
telepon bimbit. Catatkan dan simpan
ditempat yang boleh didapatkan semula.

Sekiranya telefon bimbit anda hilang,
anda boleh melaporkan kehilangan
telefon bimbit anda kepada pemberi
khidmat telefon bimbit seperti TM,
Maxis atau Digi.

Berikan nombor ini kepada mereka
supaya ia boleh
disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri
menukarkan kad SIM, ia masih
tidak dapat digunakan kerana telefon
bimbit sudah dihalang penggunaan.

No comments:

Post a Comment