09 June, 2008



Selepas berjaya mencuri hati ramai masyarakat tempatan dalam bentuk filem sains fiksyen, Cicak-Man kini ditampilkan pula dalam komik yang menarik.


Apa yang membanggakan, edisi pertama siri komik Cicak-Man terbitan KRU Berhad itu berjaya menerima tempahan awal berjumlah 30,000 naskah untuk edaran di Malaysia, Singapura dan Brunei sejak ia mula diperkenalkan 26 Mei lalu.


Lebih daripada itu, demi merealisasikan impian untuk menjadikan Cicakman sebagai watak superhero terhebat seperti mana Spiderman, Iron Man atau Superman, KRU berhasrat untuk mengadaptasikannya dalam beberapa bahasa seperti Inggeris, Indonesia dan juga Mandarin.

credit tu: www.murai.com.my

No comments:

Post a Comment