hahaha...aku tak tau nak cakap camne la.. Benda latest yang aku peningkan adalah pasal RAGBI...Last week (25 Mac 2012) aku ada tournament untuk qualifying untuk masuk ke SMS 10s. Aku mewakili team STAROBA dalam tournament tu. Tapi malangnya aku tak dapat nak penuhi hasrat diorang untuk qualified ke peringkat seterusnya. Aku rase guilty gila pasal aku rase aku dah boleh buat "try" dalam 1st half yang pertama tu. Tapi silap aku...mungkin aku bengong time tu, aku salah line untuk aku "dive" dan try. rupa2nya line 22...hahaha... Senget la ko angin..
Team STORMS dari Gombak (sorry gambar xleh nk censored)hahaha... |
Tapi gambar di atas ni semua geng2 budak STORM. Team dari Gombak dan Selayang. Minggu ni plak akan ada game pada hari Sabtu bersamaan dengan hari esok (31 Mac 2012). Perlawanan esok adalah pasukan STORM vs RSC Dalmations kalau tak silap aku la yang akan diadakan di padang Bukit Kiara.. Diharapkan agar team ni beroleh kemenangan esok.
Yang menjadi kebingungan aku skarang ni adalah, esok juga akan ada perlawanan Liga Putrajaya iaitu pasukan Raccoon RC menentang (tak tau apa name ntah) di Putrajaya. Aduhhhh....satu macam la kalau ada dilema camni. Camne la aku nk buat keputusan. Adakah perlu aku memberikan alasan "tidak membeli boot baru lagi" sebagai alasan kukuh?hahaha....Boot dah uzur bro. Bila la masa aku yang free untuk aku pergi bershopping boot dan seluar ragbi yang baru ni. Kalau ada suggestion tu, bagitau la aku yea. Mana la tau berkenan ke dengan apa yang korang suggestkan tu. (macam la blog ko ni ramai follower dan pembaca angin oooi...)hahaha...
Sampai ketemu lagi kita yea.!
P/S: Harap2 aku dapat buat keputusan untuk pergi main untuk team yang mana satu yea. Amin.
No comments:
Post a Comment