09 June, 2008

penyelesaian masalah tiada coverage di dalam lif...

*Full Bar Coverage *

Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya
coverage tak ada kan. Di dalam lif dan basement tempat parking kereta
merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini kerana di
tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan
kadang-kadang tiada langsung!

Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat
memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan
tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa
kecewa dan menyesal bukan???

Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G
ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan
full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.

Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up' coverage
hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan
satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan
sebagainya.

Caranya ( Perhatian ila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :

Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp
anda.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.

Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa
hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.

Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami
masalah coverage lagi!

*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit
yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.

Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak..

Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit
RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak.
Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID.10T'
tidak muncul di skrin hp anda.

Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.

Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??

Jgn marah kalau dah terkena......
Nasib baik duit RM2 tak dicetak lagi. Kalau tidak, lagi ramai yg fikir benda
ni betul-betul...tapi cobaan.....

3 comments:

  1. AnonymousJune 09, 2008

    kuang asam.. mati2 igt mcm real jer.. bila fikir2 balik, duit kertas RM2? mana nk dpt, bkn dh dimansuhkan ke? hehehe.. senget la ko ni

    ReplyDelete
  2. AnonymousJune 09, 2008

    sialan...loteh je aku baca sampai habih..

    ReplyDelete
  3. AnonymousJune 09, 2008

    hehehe...
    terpakse la letak kt sini...

    ReplyDelete